Sunday 12 January 2014

SYABAS PDRM KERANA BERJAYA MEMBERKAS DUA REMAJA PECAH CERMIN KEDAI.....JEFFRY




Written by Admin
Sunday January 12,2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI


KOTA KINABALU:- Kejayaan pihak Polis berjaya memberkas dua remaja samseng yang terlibat memecahkan cermin dinding deteran beberapa  pintu kedai disekitar Bandar Kota Kinabalu yang berlaku malam tadi satu kejayaan yang boleh dibanggakan  syabas dan tahniah.



Presiden Kelab NGO Penyokong Kerajaan BN Datuk Mohd Jeffry Rosman berkata  hasil maklumat orang ramai lantas pihak polis berjaya membanteras kedua-dua remaja terbabit  dalam melakukan jenayah tersebut.


“Apalah faedahnya yang mereka terdapat merosakan harta benda orang  dan saya minta pihak polis harus mengenakan hukuman berat terhadap kedua-dua remaja samseng itu biar jadi satu pengajaran kepada remaja lainnya dan kalau bapa-bapa mereka datang untuk menjamin sebapa-bapanya tangkap dan soal siasat kenapa anak-anak mereka boleh jadi banjingan tengek sebeigini” Katanya yang kesal  terhadap insiden tersebut sepatutnya sebagai anak remaja yang merupakan harapan bangsa di masa depan seharusnya berkelauan baik tetapi terlibat pula dalam kegiatan jenayah.



Sambil itu Jeffrry menasihatkan kepada para ibubapa jangan terlalu membiarkan anak-anak mereka bergelandangan  atau keluyuran kesana sini tanpa hala tuju dan pastikan anak-anak mereka berada dirumah sebelum jam 11.00 malam ini untuk mengelakan mereka terjebak oleh hasutan anasir-anasir songsang seperti yang dilakukan oleh kedua remaja ini.



“Sekali lagi saya bagi pihak Kelab NGO Penyokong Kerajaan BN mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak PDRM atas kejayaan membanteras kedua suspek khususnya remaja yang terlibat melakukan jenayah tersebut” ujarnya.





INILAH SENJATA YANG TELAH DIGUNAKAN OLEH DUA BANJINGAN TENGIH ITU BAGI MEMECAH DINDING KACA (CERMIN) DERETAN KEDAI....SEKSA MEREKA  DI DALAM LOKAP  TANGKAP BAPA=BAPA MEREKA SEKALI


No comments:

Post a Comment