Wednesday 1 March 2017

FST WARISAN GEMPUR SEMBULAN TENGAH (malam 10 mac, 2017)



OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Wednesday 01/2017 March

INGAT 10 mac, 2017 jam 7:30 malam kita gempur Sembulan Tengah dan semua dialu2kan datang.
Kalau mahu berdialog juga boleh dan ahli penal siap kalau waktu mengizinkan.

"....Kita bukan saja menulis di media masa, tetapi kita turun ke padang dan kempen dari rumah ke rumah dan kurangkan bercakap sebab yang kita mahu WARISAN muncul sebagai pemerintah selepas PRU14 nanti untuk bela rakyat " Kata Ahmad Sah semalam ketika sembang.

Kelihatannya Ahmad Sah yang bermula gerak cergas sejak berbulan-bulan  yakin BARISAN NASIONAL akan tersungkur sebab sambutan rakyat sungguh diluar jangka katanya.

" Kita hentikan memperkatakan soal calon atau penyelaras dan kita mahu berkerja terus dekati rakyat, anjur sebanyak mungkin ceramah dari rumah ke rumah atau adakan sembang kelompok dan cara ini lagi berkesan...." Tambah Ahmad Sah.

Apa saja yang harus diperkatakan malam 10 Mac nanti?

Lebih penting sesudah BARISAN NASIONAL memerintah sekian lama apa jadi perkampungan MELAYU SEMBULAN tanya Ahmad Sah. Mereka semacam diusir dan terusir.

Memang benar perkampungan Melayu yang dijanjikan kampung contoh siap bakal jatuh ke tangan orang luar atas nama pembangunan bersikap rakus dan tamak haloba menghalalkan cara.

Saya masih ingat kata Datuk Dayang yang menjadi ketua Majlis Berbandaran dulu sekarang DBKK dan katanya Sembulan akan dijadikan Kampung Melayu macam kampung Melayu di Kuala Lumpur tetapi apa jadi sekarang?

Kesihan bajau semacam diusir
bangsa lain juga sama dan yang ada sembulan bakal menjadi hutan batu bata.

Sembulan dan yang melayu kalangan bajau asal dan bangsa lain lokal disingkir dan rumah-rumah  diroboh yang bajau, brunei berlarian entah ke mana dan sembulan bakal dipenuhi dengan hutan batu milik orang asing. Kesihan mereka orang kita.

" Mereka itu rakus dibina bangunan bertingkat milik kroni dan suku sakat sedang orang asal Sembulan dihalau menjadi pelarian dan janji Sembulan jadi kampung contoh hanya AUTA semata" Tambah Ahmad Sah semalam.

Bukan saja kampung Sembulan, malah kampung-kampung  lain dalam bandar juga jadi mangsa si rakus tamak dan haloba.

Kita tidaklah anti pembangunan dan jika benar Sembulah dijadikan kampung contoh terbaik, maka sepatut diurus dengan baik macam kampung Melayu atas air di Negara Brunei yang disusun indah dan menarik dan ini boleh direalisasikan jika serius.

Makanya hal ini harus diusahakan dan WARISAN sesudah memerintah harus menyusun semula yang tertinggal termasuk mereka yang tinggal di NUMBAK dijadikan mangsa padahal sudah dijanjikan satu lokasi tetapi YB di sana diam malah dikatakan kawasan dijanji untuk tiga kampung diluluskan untuk sebuah syarikat membina syarikat berumahan membina rumah juta harta seunit dan ini tidak mampu dimiliki oleh mereka kalangan rakyat sederhana dan jauh rakyat termiskin.

Numbak jadi apa sekarang? Kesihan di sana ada sekitar 4,000 dan rata-rata orang lokal meski dikata orang asing dan yang kita tahu ada asal Likas dan perkampungan yang berdekatan dan memang mereka bajau tetapi bajau lokal yang bertahun-tahun tinggal di Sabah kesan keturunan Tun Mustapha.

Jangan lupa, kita gempur Sembulan malam 10hb Mac nanti dan semua dialu-alukan datang tak kira yang ahli pemerintah, atas pagar dan ahli warisan dimestikan datang untuk mendengar tokoh berbicara.

Salam warisan Sabah kena Ubah.


No comments:

Post a Comment