Monday 5 December 2016

Free Sandakan Today Online (FST) BERWASPADA PEMIMPIN GUNTING DALAM LIPATAN, MUSANG BERBULU AYAM? PARTI USA PIMPINAN YONG DAN JEFFRY BARUAH UMNO/BN PRU14 NANTI


OLEH:SORAYA KIGIS
Monday December 05/2016

1.SABAH  telah dibanjiri oleh parti pembangkang dengan bermatlamat kearah untuk mengubah Sabah dari pemimpin yang korup berselindung dengan kuasa dan undang-undang yang sedia ada.

2.Ada beberapa parti pembangkang dicurigai dijadikan alat oleh Barisan Nasional sebagai pemecah undi supaya memihak kepada kerajaan dapat mengekalkan kuasa terus menerus.

3.Ini punca utama kenapa pembangkang Sabah tidak dapat disatukan di bawah satu payung berhadapan dengan Barisan Nasional.

4.Kecurigaan ini memuncak apabila MySabah tertubuh yang dianggotai oleh pemimpin pembangkang dan kerajaan untuk menuntut hak Sabah yang tidak ditunaikan oleh kerajaan pusat terutama cukai tertunggak yang tidak dikembalikan oleh pusat kepada negeri dianggarkan puluhan billion ringgit.

5.Tambahan segelintir pemimipin yang meninggalkan Barisan Nasional bukan bercanggah dengan prinsip kerajaan hanya kerana kezaliman ke atas mereka oleh Musa dan pemimpin ini berikrar akan kembali mendukung BN selepas Musa tidak lagi sebagai ketua kerajaan di Sabah.

6.Selain itu didakwa ada beberapa parti pembangkang dan pemimpin menerima bantuan kewangan dari BN agar terus menyokong polisi kerajaan terutama masalah pelarian dan mykad.

7.Warisan Sabah sentiasa membuka pintunya untuk bekerjasama dengan parti yang seobjektif untuk berhadapan Barisan Nasional tetapi bukan pemimpin gunting dalam lipatan.

Adalah tidak adil menunding jari pada Warisan Sabah kerana berhati-hati bergabung dengan parti yang cuba melemahkan pencapaian pembangkang di PRU14.

8.Pemimpin Musang berbulu ayam perlu berterus terang atau meninggalkan perjuangan mereka dan menyerahkan tugas mereka kepada ahli parti yang benar-benar berjiwa rakyat dan ingin melihat perubahan rakyat serta negeri ini.

Akibat sikap mereka yang tidak telus,jujur akan menghalang niat murni majoriti rakyat yang ingin melihat Sabah menjadi sebuah negeri makmur,aman dan selamat.

9.Memandangkan sulit menyatukan pemimpin kerana setiap mereka mempunyai agenda tersendiri lebih baik rakyat bersatu di bawah satu payung politik kerana rakyat mempunyai satu harapan yang sama mengharapkan kehidupan cerah dan anak cucu mereka mempunyai jaminan masa depan yang gemilang.

10. Adakah United Sabah Alliance Parti yang menggabungkan tiga parti SAPP-Star dan Parti Cina  Sabah (PCS) yang dipimpin oleh Datuk Jeffry Kitingan dan Datuk Yong Teck Lee benar-benar memperjuangkan   hak-hak asasi rakyat jati Sabah atau sekadar berjuang ibarat melepaskan batuk di tangga memang ada signal daripada para pemimpin BN/UMNO  Kuala Lumpur yang bertujuan untuk melumpuhkan kekuatan perjuangan parti-parti pembangkang tempatan atau pembangkang wilayah persekutuan  seperti DAP-MANAH dan PKR  untuk membantutkan cita-cita dan impian mereka untuk membentuk kerajaan PAKATAN HARAPAN di  Sabah selepas PRU14 nanti.

11. Ada baiknya PAKATAN HARAPAN yang membarisi DAP-PKR-AMANAH dan WARISAN bergagung bekerjasama antara satu sama lain yang mempunyai satu agenda satu matlamat  untuk menumbangkan kerajaan kukuh besi BN/UMNO di Sabah.

12. Pembahagian kerusi-kerusi DUN dan Parlimen perlu di bincang lebih awal  agar tidak menjadi perebutan kerusi antara satu sama lain bila sampai waktunya PRU nanti.

Misalnya kalau Warisan meletakan calon mereka untuk bertanding di kawasan Papar  sama ada kerusi DUN atau MP lain-lain parti seperti DAP-PKR dan AMANAH tidak  perlu letak calon ditempat  yang sama kecuali kalau WARISAN  bertanding atas kerusi DUN barulah lain-lain parti boleh meletak calun  di kawasan yang sama tetapi atas kerusi Parlimen bukan kerusi DUN.

13. Begitu juga kalau DAP letak calon di  Elopura DUN lain-lain parti pembangkang tak perlu letak calon di kawasan yang sama kecuali Parlimen Sandakan namun sebaliknya DAP-PKR-AMANAH dan WARISAN berhabis-habisan kempen  membantu calon-calon  yang bertanding itu ini baru mendapatkan hasil undi dipecah sebab satu lawan satu antara calon BN dengan calon PAKATAN HARAPAN.

14. Tolaklah USA parti  yang diterajui oleh tiga suku kaum sahaja Kadazan- Murut dan Cina   memang parti dasar pengacau kalau dapat habuan dari UMNO/BN mereka sanggup khianati bangsa sendiri lihat saja apa yang terjadi pada  PRU13 lalu Star dan SAPP jadi baruah UMNO/BN untuk menghacurkan cita-cita pembangkang mereka mengkhianati undi kaun  Kadazan-Murut-Dusun dan Cina…..dasar durjana  Datuk Jeffry Kitingan dan Datuk Yong Teck Lee  pergi jahanam.


1 comment: