Tuesday 6 December 2016

Free Sandakan Today Online (FST) OH HUJAN OH HUJAN BANYAK MASALAH TIMBUL DI MUSIM HUJAN (TENGKUJU)



OLEH: SHAIMON S JUMADI
Tuesday December 06/2016

NAMPAKnya sejak bermula dari bulan November lagi   dijangka sehingga lewat awal Februari 2017 musim tengkuju (musim hujan) yang berpanjangan selama hampir 3 bulan ini berbagabagai masalah timbul yang berdepan dengan manusia sejagat.

Sepanjang musim hujan memang tidak di nafikan beberapa tempat di Negara ini antaranya Terangganu-Johor-Selangor-Kelantan  dan Pulau Pnang  telah dilanda banjir termasuk di Sabah Papar Tawau (Kg Kuhara) dan Kinabatangan.
 
Musim  tengkuju yang agak berpanjangan ini ia bukan sahaja menyukarkan atau membantut  para nelayan besar-nelayan kecil turun ke laut  untuk mencari ikan yang bakal berdepan dengan gelora-ombak-gelombang dan badai besar tetapi juga merugikam para kontraktor binaan pembangunan yang agak lebab disebabkan hujan banyak kerja-kerja pembinaan tidak dapat  diteruskan.

Di musim hujan juga harga sayur-sayuran akan melambung naik hingga 68 peratus sebab kurang bekalan apa lagi harga hingga juga serupa juga.

Dimusim hujan juga banyak orang meninggal dunia  yang duduk di wad-wad hospital maklumanlah dalam keadaan sejuk orang-orang yang mengidap sakit asma atau semput (ampus) sudah tentu nyawa mereka macam telur dihujung tanduk bila-bila boleh goal.

Saya membicarakan peri hal musim hujan juga kalau orang baru kahwin memang syurga dunia  cepat dapat anak tetapi tidak boleh dielakan masalah luar yang perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan.

Seperti yang saya katakana tadi musim juga juga banyak hal-hal yang berlalu di sekeliling kita sama ada kita sedari atau sebaliknya;.

Terbukti bila hujan turun berpanjangkan banyak sudah jalan-jalan raya  jalan-jalan kampung mulai rosak di sana sini, berlubang boleh ternak ikan karuk atau ikan keli.

Coba lihat Jalan Loong Chun di bau 10 dan Jalan Cheng Ho batu 12 semua jalan-jalan ini keadaan rosak teruk sukar untuk dilalui oleh kenderaan kecil.

Yang paling menyedihkan penduduk yang berjalan kaki ulang alik mereka terpaksa berjalan dengan berkaki ayam sebab semua jalan-jalan yang dimaksudkan itu dibanjiri dan dilempahi air sedalam 1 hingga 2 meter.

Oleh itu pihak-puhak tertentu khusushnya ADUN dan Ahli Parlimen di mana kawasan yang diwakilinya itu harap mengambil perhatian serius terhadap masalah kerosakan jalan raya yang menjadi nadi dan tunjang penduduk-penduduk setempat menumpang  lalu di jalan tersebut dapat diselenggarakan dengan segera.



No comments:

Post a Comment