Tuesday 20 December 2016

FST.....KENAPA PERDANA MENTERI TOLAK HUKUM HUDUD DI MALAYSIA?


( mencuri perangai terburuk)

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH –FST
Tuesday  20/2016 December

DATO Seri Najib Tun Razak  malah semua mantan Perdana Menteri-  PM pernah berkata yang hudud menghuru-harakan  Malaysia kalau dilaksana dan kenyataan itu jelas melawan Allah.

Syaitan dilontar ke neraka kesan tidak mahu sujud kepada Adam dengan alasan syaitan lagi mulia asal api banding adam asal tanah.

Kesan alasan syaitan itu, keluarkan dari syurga dan kekal penghuni neraka, tetapi sebelum dilontar ia berjanji akan sesatkan seluruh anak adam.

Cuba kita bandingkan kenyataan Najib dan semua mantan PM yang mengatakan Hudud itu menghurukan Malaysia dan apa kira-kira Allah lakukan kepada mereka? Apakah sama seperti yang Allah lakukan terhadap Syaitan yang dilontar ke neraka?

Salah seorang menteri BN pernah berkata sesiapa yang tidak percaya NAJIB bermakna tidak percaya ALLAH dan ayat itu seolah Najib lagi hebat banding Allah dan itu jelas menghina Allah dan yang alim ulama/ustaz sila betulkan dan jelaskan apa hukumannya jika manusia seperti kita berkata demikian.

ISU yang mahu saya angkat di sini kenapa mereka kalangan menteri-menteri  kabinet terutama yang Islam agama menolak hudud? apakah mereka menolak hudud? Jika Najib berkata begitu maka yang di bawah kaki ampu akan sama terlibat menolak sama dan itu sebab sebagai muslim harusnya tidak menjadi pak angguk melulu di kabinet Malaysia.

HUDUD memang hukum Allah dan tiada siapa yang muslim harus mempersoalkan hukum Allah itu kesan kita ini Allah yang jadikan manusia, dipinjamkan nyawa dan segalanya. Kesan itu kita kena patuh perintah Allah.

Hukum hudud ini boleh saya tidak dikenakan kepada yang bukan muslim/kalau mahu dan yang bukan muslim boleh mengikatkan diri denganb hukum yang sedia ada dipinjam dari barat.

Hukum Hudud harus dilaksanakan kepada sesiapa saja yang muslim agamanya tetapi sebelum hudud dilaksanakan kerajaan/pemerintah harus perbaiki ekonomi dulu, setiap orang ada pendapatan, ada pekerjaan dan mampu hidup berdikari dan tidak hidup susah dan merempat.

Orang miskin yang kelaparan ketika mencuri tidak akan dikenakan hudud sebab mereka miskin melarat dan susah paling-paling  mereka harus diberikan peluang untuk berkerja dan punya mendapatan untuk menyara hidup diri dan keluarga dan itu sebab kerajaan dibentuk untuk peduli rakyat seperti yang dilakukan oleh Nabi di zaman Nabi berSIASAH alias berpolitik.

Kenapa Najib dan semua PM berkata yang hudud menghurukan Malaysia dan yang jelas bukan menghuruharakan Malaysia tetapi menghuruharakan mereka sendiri kalangan pemimpin muslim yang berkuasa di Malaysia.

Kenapa menghuruharakan mereka sendiri? Katakanlah Hudud itu dilaksanakan dan siapa saja yang nanti tidak bertangan di Malaysia ini? Kita fikir dan tentulah ramai pemimpin BN terutama menteri-menteri  tidak bertangan sebab merekalah yang rata-ratanya merampok dan pencuri khazanah negara bangsa kita.

Kalau hudud dilaksanakan makna hukum itu menjerat leher mereka sendiri dan inilah yang paling mereka takuti dan kesimpulannya bukan mereka tidak percaya hudud/hukum Allah sebalik kerana hukum itu akan memenjarakan dan memenggal tangan mereka sendiri dan tentulah mereka yang di atas tidak sebodoh yang disangka tetapi kesannya di sana sini HUDUD diwara-warakan seolah Hudud itu jahat.

Kalau yang muslim menentang hudud itu tidak hairan sebab mereka bukan muslim dan tidak faham hukum tetapi yang muslim menentang hudud maka itu jelas sesuatu yang luas biasa dan kerana itu jangan salahkah DAP, MIC, MCA dan parti-parti di Sabah dan Sarawak menentangnya sebab PM sendiri sudah melontar kata yang hudud menghurukan Malaysia.


Apakah seorang Najib dan mantan-mantan  PM yang lalu berani memperkatakan di hadapan Allah kata-kata sama? Katakan Allah itu nampak/katakan saja!

No comments:

Post a Comment