Tuesday 27 December 2016

FST.....PEMIMPIN BN/UMNO SABAH BODOH-BODOH BELAKA?


( buta atau demi diri?)

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH-FST
Selasa Disember 2016/27

ALLAH anugerahi kekayaan yang melimpah. Ada balak, tembaga, sawit, emas hitam, gas dan segala macam.

Dalam perut bumi ada khazanah, di laut ada macam-macam , ada dataran luas hijau dipandang mata, di bukit ada hasil dan gunung tercantik pelancong banyak datang hasilnya malaya ambil.

Semuanya ada di Sabah dan Sabah memang kaya raya dan hasilnya cukup memakmurkan Sabah sendiri.



Tetapi kenapa Sabah mendapat anugerah TERMISKIN sekali di Malaysia, sementara pendidikan ASAS yang paling tersorot dan melalui E Kasih Sabah paling ramai yang mohon bantuan miskin tegar.

Kenapa begitu? Dan ikut tafsiran pemimpin-pemimpin  yang diamanahkan gagal menjadi pemimpin untuk memakmurkan Sabah dan jelas mereka itu bolehlah dikatakan sama bebal dan tidak tahu bagaimana memajukan Sabah kesan sumber yang Allah anugerahi itu.

Tahun-tahun  60an Korea negara paling miskin di bawah Malaysia lebih kurang macam Vietnam, Mynmar atau negara bengali/bengal. Singapura juga sama dengan kita awal-awal tahun 60an itu dan juga Negara-negara  lain.

Singapura termasuk Korea dan juga Jepun tidak punya sumber dan Allah tidak datangkan sumber ke negara berkenaan banding Sabah yang kaya raya banding negeri lain di Malaysia kecuali Sarawak tetapi Allah beri otak dan akal kepada mereka untuk majukan negara sendiri.

Tetapi sesuatu yang aneh dan membingungkan kita, konon dikatakan kita punya pemimpin yang bijak macam Musa Aman, pandikar, Salleh Keruak, Rahman Dahlan, Pairin, Yahya husin, masidi dan banyak lagi tetapi semuanya TAK BOLEH PAKAI sebab Sabah tidak kian maju tetapi kian mundur.

Minyak kita hanya dapat 5%, balak diangkut, tanah dimiliki syarikat lain kesan VVIP mohon dan jual balaknya dana masuk ke kantung sendiri dan tembaga habis, pulau dipohon dan dijual dan macam-macam lagi.

Begitulah dan semuanya boleh kita fikirkan semula dan kenapa jadi demikian.

Saya rasa rakyat di Sabah tidaklah semuanya bijak tetapi tidaklah sebodoh sangat untuk mentafsir keadaan dan menilai pemimpin-pemimpin yang ada di Sabah dan rata-rata mereka hanya pentingkan diri dan pentingkan jawatan untuk kayakan diri, anak bini, kroni serta suku sakat untuk hidup bergaya mewah menunjuk riak dan kesannya rakyat Sabah menderita susah miskin papa kedana.

Inikah pemimpin yang kita sanjung bijak dan kemudian di PRU14 terus kita undi untuk menangkan BN? jika ini keputusan majoriti rakyat, maka rakyat termasuk saya juga kalangan pengundi yang bebal, bangang dan bodoh kesan terus beri kuasa kepada pencuri dan mahu dipimpin oleh pencuri.


No comments:

Post a Comment