Friday 16 December 2016

FST....Free Sandakan Today Online.... JIKA BN/UMNO MAHU MENANG PRU14 TUNAIKAN JANJI-JANJI YANG PERNAH DITABUR SEBELUM PRU13 LALU



SUDUT PANDANGAN DARI MEJA EDITOR (FST)
SHAIMON S JUMADI
Friday 16/2016 December

ADA kalanya  Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di beberapa kawasan terlepas pandang ataupun pura-pura tidak tahu tentang  masalah rakyat yang sedang dan telah di hadapi oleh penduduk-penduduknya.

Sebagai contoh yang terdekat Jalan Raya Ranau penghubung  antara menuju ke Jalan Ulu Sugut  sekian lama tidak pernah dinaik taraf sejak dari kerajaan pemerintahan USNO-BERJAYA-PBS dan sehingga ke hari ini kerajaan BN masih tetap sama keadaan jalan tersebut masih grable.

Penduduk Ranau yang berulang alik  menuju jalan ke Ulu Sugut terpaksa melalui jalan grable yang sukar dilalui oleh kenderaan kecil banyak sudah kereta tersadai ditengah-tengah jalan akibat mengalami engine rosak dan sebagainya.

Begitu juga cerita yang sama Jalan Raya penghubung Kampung Dandulit-Sungai Beruang-Sungai Menangin dan Rancangan Lubuh  dalam kawasan Parlimen Libaran dan kawasan DUN Sungei Sibuga  dalam keadaan rosak teruk jalan mudah dilanda banjir baru berlubang sana berlubang sini memang sukar dilalui oleh kenderaan yang paling malang sekali orang pejalan kaki ulang alik.

Kita tidak  tahu sama ada Ahli Parlimen Libaran dan ADUN Sungei Sibuga menyedari rungutan rakyat  di keempat –empat buah kampung yang merintih akan kesusahan kerana jalan raya macam jalan tempat kerbau berkubang.

Menyedari akan janji-janji Ahli Parlimen dan ADUN BN semasa pilihanraya umum (PRU13)  lalu di mana kerajaan akan menaik taraf jalan Ranau ke Ulu Sugut dan  begitu juga janji-janji Ahli Parlimen Libaran dan ADUN Sungau Sibuga   kepada penduduk-penduduk kampung Dandulit-Kg Sungai Beruang-Kg Sungai  Menangin dan Rancangan Lubuh  jika BN/UMNO menang jalan-jalan tersebut akan dinaik taraf seperti jalan-jalan raya di tempat lainya, akan tetapi janji hanya tinggal janji saja jalan tetap tidak berubah.

Betapa hancurnya hati para pengundi tegar BN/UMNO yang pernah dijanjikan tetapi tidak pernah di tepati  sekarang sudah hampir PRU14  akan menjelma  kalau kerajaan BN tidak juga menaik taraf jalan-jalan Ranau dan jalan Kampung Dandulit dan jalan-jalan kampung berhampiran  jangan salahkan rakyat kalau mereka nanti bertukar fikiran undi calon-calon PAKATAN HARAPAN PKR- AMANAH dan WARISAN.





No comments:

Post a Comment