Monday 5 December 2016

Free Sandakan Today Online (FST) PEMBELOTAN USNO DALAM JALUR POLITIK SABAH 1975-1976 Sabah! Darah Sabahan!

OLEH: NASPAZI CHANNEL
Monday December 05.2016

1. MENURUT Tun Mustapha, pembelotan USNO dalam jalur politik Sabah 1975-1976 sebenarnya begini; apabila Tun Razak (Malaya) mahukan 95% Minyak dan Gas Sabah untuk Malaya, Tun Mustapha mahukan 45% Minyak dan Gas Sabah untuk Sabah; dan apabila Malaya fitnah Tun Mustapha sebagai dictator, kejam dan kemaruk jadi CM Sabah, Tun Mustapha balas dengan keperluan menyemak Perjanjian Malaysia 1963 untuk menilai semula kedudukan, hak, kepentingan dan masa depan Sabah dalam Malaysia.

2. Yang amat malangnya ialah, apabila Malaya tubuhkan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) pada 15 Julai 1975 yang bertujuan untuk menggulingkan Tun Mustapha, lantas menteri-menteri dan 11 anggota pembelot dan pengkhianat DUN USNO lompat masuk BERJAYA (parti politik ‘Made In Malaya’ pertama) di Sabah pada 17 Julai 1975.

3. Sementelahan, penubuhan parti BERJAYA disusuli dengan pelbagai bangkai konotasi keparat dan fitnah bangsat terhadap Tun Mustapha oleh Malaya dan bekas-bekas menteri serta 11 anggota pembelot dan pengkhianat DUN USNO yang masuk BERJAYA, yang juga majoriti rakyat Sabah makan dengan lahapnya fitnah bangsat tersebut, maka Tun Mustapha jatuh juga akhirnya pada 14 April 1976, dan seterusnya status Negara Sabah dijatuhkan menjadi negeri tanah jajahan Malaya yang ke-12 dalam topeng Malaysia.


4. Sehubungan itu, dengan penurunan status Negara Sabah kepada negeri tanah jajahan Malaya; dengan rampasan 95% Minyak dan Gas Sabah untuk Malaya; dan dengan pemansuhan harta benda (Borneonisasi) Sabah jadi hak milik Malaya atas nama Malaysia, maka rakyat Sabah sebenarnya tiada apa-apa lagi, selain menjadi pengemis bodoh kepada Malaya untuk terus hidup.

POLITIK SABAH BODOH BANKRAP NASIONALISME!
- Naspazi (25 November 2016).
CATATAN DAN DEDIKASI :

“SOAL kesahihan fakta pembelotan dan pengkhianatan oleh bekas-bekas menteri serta 11 anggota DUN kerajaan USNO dalam jalur politik Sabah (1975-1976) ini boleh dirujuk kepada Tan Sri Herman Luping bagi pihak USNO dan Tan Sri Harris Salleh bagi pihak BERJAYA.”


No comments:

Post a Comment