Sunday 25 December 2016

FST.... ORANG MISKIN SENANG DIKOTAK-KATIK BELI UNDI UMNO/BN

OLEH: NURLIYANA ABDILLAH- FST
Sunday 25/2016 December

MISKIN itu tidaklah hina sangat tapi begitulah pandangan orang dan kesannya yang miskin dianggap rendah statusnya, sesungguhnya memang begitulah tanggapan orang di sekitar kita. 
Islam memang tidak mahu umatnya miskin sebab sabda nabi miskin itu membawa kekufuran dan bila kita kufur itu mudah untuk dijual beli dan kesan miskinlah dikasih RM50 setiap election cukup bermakna dan itu kesani mengundi BN kesan dianggap baik dan membalas budi. 
Yang miskin biasanya boleh dikotak katikkan dan selalu ikut telunjuk yang kaya sesuka hati membeli undi dan itu sebab Islam sesudah solat selesai, diminta bertebaran untuk mencari rezeki dan bukan asyik terus bersolat berzikir dalam masjid.
Pernah suatu waktu nabi melihat ada yang solat, berzikir di masjid tanpa henti-henti dan nabi bertanya kepada sobatnya siapa yang memberikan makanan kepadanya dan dijawab ada orang lain dan nabi terus menjelaskan yang memberikan makanan itu lebih baik banding 24 jam solat, zikir. demikian yang saya baca/tegur dan betulkan jika salah.
Di mana-manapun jika sebuah kerajaan itu bersumberkan dan ikut ajaran agama, maka kerajaan itu biasanya akan selamat sebab agama sendiri mengajar kebaikan dan tiada agama dalam dunia mengajar kejahatan. 
Bila ada yang berpolitik menggunakan agama, itu tidak salah sebab politik itu lagi selamat jika berpandukan agama asal jangan agama digunakan untuk politik.
Berpandukan ajaran agama dan gunakan agama untuk politik dua perkara yang berbeza dan ini kena fahami maksudnya.
Perlu diingat kepimpinan tanpa bertapak kepada ajaran agama, jawabnya MUSNAH dan sebagai contoh kerajaan sekarang melaung2kan agama Islam tetapi pemerintahan tidak berbentuk islam sebab di dalam ada korupsi, penipuan, pembohongan dan perbuatan mungkar yang berlebih-lebihan termasuk fitnah yang bermaharajalela. 
Kerajaan Islam tidak semestinya melaksanakan hudud sebab hudud ini sesuai dilaksanakan bila segala keperluan di negara itu selesai seperti kemiskinan, syariat, akhlak, keadilan dan sebagainya dipenuhi duluan dan itu lebih utama sebelum melaksanakan hudud.
Apakah kemiskinan yang menyepit dan susah hidup di Sabah sebagai wilayah termiskin sesuai hudud dilaksanakan ketika syariat agama itu belum sepenuhnya sempurna? 
Itu sebab hukum Hudud tidak berlaku jika orang miskin mencuri kesan lapar dan sebagainya dan inilah yang banyak tidak diketahui orang ramai dan itu sebab ada Negara-negara  yang melaksanakan hukum itu gagal kesan keperluan tidak dipenuhi terlebih dahulu. 
Terkait apa yang saya tulis ini jelas jika sesebuah negara itu memang kaya raya kesan sumber hasil yang banyak seperti Sabah ini dan kemudian Sabah dikatakan MISKIN, maka itu makna pemimpinnya tidak betul dan harus diperhatikan semula. 
Untuk memerhatikannya itu rakyat Sabah kena memilih gunakan undi yang ada itu. Rakyat berkuasa dan bukan YB yang berkuasa. Guna kesempatan itu sebaik-baik mungkin.
Jika dalam sebuah negara itu semuanya miskin dan ada pula yang kaya dan itu juga merupakan kepimpinan yang tidak benar dan perlu dikaji yang kemungkinan ada ketirisan yang melampau di situ.
Apa yang saya perkatakan ini, diminta yang membaca diharap dapat memahami dan memikirkan serta kalau perlu kita bincang secara terbuka yang nanti diharapkan mendapat kebaikan.
Tidak boleh tidak kita kena ubah Sabah ini berpandukan keperluan warisan budaya bangsa yang dato nenek kita amalkan dan jalan terbaik kembali ke jalan asal yang benar.

No comments:

Post a Comment