Wednesday 7 December 2016

Free Sandakan Today Online (FST) PELBAGAI TUDUHAN USA TERHADAP WARISAN AKHIRNYA MEMAKAN DIRI SENDIRI RUPA2NYA USA SENDIRI BEKERJASAMA DENGAN MUSA DAN HANIFAH AMAN



OLEH: SHAIMON S JUMADI
Rabu Desimber 07/2016

SEJAK kebelakangan ini jentera United Sabah Alliance Parti (USA)  asyik menghentam habis-habisan Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang diasaskan oleh Datuk Seri Shafie Apdal- Junz Wong dan Darell Leiking.

Pelbagai tomahan dan tuduhan dilemparkan  oleh USA terhadap perjuangan WARISAN mula-mula ditubuhkan lagi  sehingga ke hari ini ahli-ahli USA menaruh  perangka buruk kepada WARISAN kononnya WARISAN adalah tajaan UMNO/BN sebab pemimpin utamanya DS Shafie adalah mantan ahli UMNO yang telah disingkir.

Akan tetapi tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan oleh para jentera USA sedikitpun tidak akan menggugat melemahkan  perjuangan WARISAN malahan sekian hari sekian lama WARISAN mendapat tempat dan bertaktah di hati rakyat Sabah yang berbilang kaum antaranya Kadazan-Murut-Cina-Dusun dano rang-orang bumiputera Islam dalam 32 aknik telah menyertai WARISAN.

Mereka tahu dan sedar hanya WARISAN satu-satunya parti local yang bakal mampu mentadbiran kerajaan negeri Sabah pada  selepas PRU14 nanti jika tiada penyelewengan parti-parti pembangkang yang ada di sabah.

Ada khabar-khabar angin bahawa USA akan bekerjasama   dengan Datuk Seri Musa Hj Aman dan Datuk Hanifah Hj Aman mengenai perkara –perkara 20 perjanjian Sabah

Tuduhan terhadap WARISAN oleh jentera USA kini telah memakan diri mereka sendiri
Marilah ikuti tulisan saudara Jalin Luin bertajuk “ STAR SILA NAFIKAN KERJASAMA DENGAN HANIFAH AMAN” terbitan pada  7hb Desimber 2016.
Jentera USA sibuk menghentam Presiden Warisan. Walhal musuh seteru mereka adalah BN yang diketuai oleh Datuk Musa Aman dan Datuk Anifah Aman tapi didiamkan. Malah ada hubungan kerjasama dengan Datuk Anifah bagi menuntut hak hak Sabah melalui diplomatik yang bertentangan dengan pendekatan yang digunakanoleh STAR yang agak extreme. Logik kah?
Kalau benar BN ada hasrat yang baik, tidak usaha membuat kajian yang memakan berbulan bulan, usulkan saja di sidang dewan dapatkan kelulusan. Lepas itu pindah balik perlembagaan negeri yang telah digubal. Dengan demikian, masyarakat Sabah akan mendapatkan balik hak mereka dan USA sebagai pembangkang akan perlahan lahan dilupakan oleh masyarakat Sabah, menjadikan Sabah kekal menjadi simpanan BN. Susah kah, sedangkan kuasa ada di tangan?
Bikin hairan, benarlah dakwah setengah masyarakat Sabah, USA hanyalah alat kepada BN, supaya pembangkang di negeri ini tidak mendapat kekuatan. Apa lagi selepas kewujudan Warisan yang berusaha keras menumbangkan BN aka UMNO.
Penyokong USA kena tahu. tidak ada kalangan pemimpin gabungan USA yang pernah menjadi pemimpin utama sebaris dengan pemimpin pemimpin BN, jadi mereka tidak tahu kelicikan BN di dalam mempertahankan kekuasaan mereka.
Kerana itu sejak sekian lama kompenan USA menjadi pembangkang di negeri Sabah, tapi tidak berjaya menggegarkan BN. Penyokong pembangkang di negeri Sabah kan kena pandai menilai kemampuan pemimpin pemimpin pembangkang, terutamanya di kalangan USA.
Secara logiknya kalau perjuangan Sabah For Sabahan oleh Dr Jeffrey ada jalan dan kebenarannya pasti sudah lama diakui oleh abangnya Datuk Joseph Pairing Kitingan. Tapi tidak berlaku, ini kerana Datuk Joseph Pairing Kitingan tahu, hakikatnya STAR atau USA berada di pihak BN yang dalam diam di tentang oleh Datuk Joseph Pairing Kitingan?
Admin cabar pemimpin pemimpin USA untuk menghentam Datuk Anifah Aman, sekaligus nafikan kerjasama sebelum ini.


No comments:

Post a Comment