Saturday 24 December 2016

Free Sandakan Today Online- FST MP SANDAKAN (DAP) BONGKAR AKTIVITI PEMBALAKAN DI KAWASAN MALIAU BASIN SEMAKIN SERIUS



OLEH: SHAIMON S JUMADI
Sabtu Disember 24/2016

 
TAWAU:-  Satu pencerobohan  pembalakan haram di Kawasan Maliau Basin dalam daerah  Tawau oleh sebuah syarikat pembalakan semakin berleluasa sukar di kawal mungkin ada dalangnya
Pengerusi Parti Tindakan Demokratis  (DAP)  Sabah Stephen Wong Tien Fatt  yang juga Ahli Parlimen Sandakan yang mendapat maklumat  mengenai kes pencerobohan pembalakan itu berkata adakah perbuatan pembalakan balak di kawasan Maliau Basin oleh sebuah syarikat Balak yang menggunakan beberapa buah jentera berat  seperti  traktor dan lori logging balak adakah mereka mendapat permit sah daripada Jabatan Kerajaan khususnya Ketua Menteri Sabah.
 “Atau  membalak secara haram dan jika benar dakwaan orang ramai kenapa pihak kerajaan Sabah berdiam diri tanpa mengambil  sebarang tindakan undang-undang terhadap syarikat pembalak terbabit” tambah  Wong
Wong berharap bila tersiarnya berita ini diportal Free Sandakan Today Oline (FST) pihak Jabatan Perhutanan Sabah dapat  menjalankan siasatan terperinci terhadap kes pembalakan di Maliau Basin. 
Wong mendedahkan teks Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah  khususnya ada kaitan dengen kes pembalakan itu sebagai berikut di bawah ini
PENDEDAHAN EKSKLUSIF 2: PEMBALAKAN HARAM HUTAN SIMPAN MENDAPAT PERMIT DARIPADA MUSA AMAN?
Kami dalam unit perisikan maklumat Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah ingin mendesak Musa Aman (Ketua Menteri Sabah & Menteri Kewangan) yang memegang lesen dan permit pembalakan di Sabah untuk hentikan aktiviti pembalakan haram ini di kawasan Maliau Basin.
.
Jika duit kayu balak hasil penjualan ke luar negara hanya masuk ke dalam akaun peribadi pemimpin VVIP UMNO-BN, akaun bank elit birokrat Jabatan Perhutanan Sabah dan akaun bank syarikat pencuri balak rakyat Sabah, lebih baik Musa Aman dan kerajaan BN Sabah hentikan saja urus tadbir sumber ekonomi yang tidak berintegriti ini.
.
Kami sebagai rakyat amat kecewa apabila mendapati aktiviti mencuri kayu balak hutan simpan di kawasan Maliau Basin yang tidak menyumbang kepada pembasmian kemiskinan rakyat Sabah dan pendidikan anak-anak Sabah.
Sebenarnya, hasil daripada penjualan kayu balak haram ini boleh melayakkan semua anak muda Sabah mendapat biasiswa pendidikan di semua peringkat pendidikan tanpa perlu bergantung dengan pinjaman MARA dan pinjaman wang PTPTN. Tetapi, mana pergi duit kayu balak ini sebenarnya? Disimpan di dalam kabinet dan almari pakaian perompak wang rakyat Sabah kah juga?

Secara tegas, Musa Aman perlu bertanggungjawab kepada bahan bukti baru yang ditemui oleh Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah.
Tumbang penguasa perompak wang rakyat Sabah!


No comments:

Post a Comment