Tuesday 13 December 2016

Free Sandakan Today Online (FST) JAMES ELONG TERIMA SIJIL PENGHARGAAN DARI PPD TONGOD-TELUPIT

GAMBAR KELIHATAN……Tommy menyampaikan sijil  penghargaan dari PPD Tongod, Telupid kepada James (kanan) sambil diperhatikan oleh Melton

 OLEH: MUSTAFFAH MOHD HASSAN –FST
Selasa 13/2016 Desimber

TELUPID : Timbalan Pengerusi Persatuan Media Sandakan Sabah (PEMASSA) James Leong telah menerima sijil penghargaan daripada Pegawai Pendidikan Daerah  (PPD) Tongod, Telupid Drs Mahanin Osman.

Sijil berkenaan adalah untuk menghargai peranan dan kerjasama media membantu mempromosi dan menghebahkan aktiviti serta program yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tongod, Telupid sepanjang tahun 2016.

Sijil penghargaan itu telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tongod, Telupid Tommy Amir yang mewakili PPD  Drs Mahanin Osman kepada James di sini kelmarin. 

Hadir bersama ialah Pegawai Perhubungan Parlimen Beluran Melton Martin.

James mengucapkan terima kasih kepada PPD Tongod, Telupid Drs Mahanin Osman.

Beliau berkata bahawa pemberian surat penghargaan berkenaan adalah satu penghormatan bukan sahaja untuk beliau malah juga rakan-rakan media yang lain.

 “Ia merupakan satu pengiktirafan kepada peranan serta kerjasama dari media dalam pembangunan pendidikan di Daerah Tongod, Telupid,” tambah James.

Beliau berharap jalinan hubungan erat pihak Pejabat Pendidikan Daerah Tongod, Telupid dengan media akan berterusan.




No comments:

Post a Comment