Monday 19 December 2016

FST….BARISAN AHLI-AHLI WARISAN TERDIRI DARI GOLONGAN CERDIK PANDAI DOKTOR-AKAUNTAN PEGUAM JURUTERA- DSB



OLEH ISMAILY BUNGSU –FST
Monday December 19/2016

MEREKA sudah sehati. Sejiwa. TATAP melangkah terus tidak akan peduli apa dikata hina kutuk maki hamun tidaklah mereka kesah kala dalam kepala tiada lain, tiada difikir, tiada dirisau selain negara bangsa rakyat Sabah diutama.

Kemiskinan ada di mana-mana. Kemiskinan menjerat leher setiap rakyat. Beban hidup menyekat sekat. Hidup penuh derita. Hidup penuh duri dan api panas menyala-nyala.

Perpaduan kaum mula tersuntik sengketa, agama dibangkit demi tujuan peribadi. DI TV mereka laungkan kata makmur adil telus anti rasuah, kebahagiaan rakyat sebalik haprak. Memang haprak dan rakyat Sabah miskin papa dan kedana.

Rakyat baik di desa atau di kampung mukim atau di gubug-gubug termasuk di rumah-rumah pesundalan dan segalanya semuanya gundah resah ekonomi menjerat leher mulut terkunci hati bungkam benak tersesak perit seksa rawan hiba sedih menghambat sejarah luka terus bermaharajaleka.

WARISAN terdiri kalangan bijak pandai ramai peguam, akuntan, akitek muda, doktor, ilmuan dan sarjana semua datang berbondong dan mereka ramai yang berpengalaman tadbir negara, rata-rata bersih jenayah tidak kaut harta khazanah negara bangsa dan mereka bukan pembangkang tetapi pejuang ikhlas, berakhlak baik budi penuh intergriti dan bertanggungjawab.

Pemimpin-pemimpin kalangan pemerintah ramai sudah tua dan memimpin negara hanya retorika alaf ketinggalan zaman sabah tidak berubah masih jalan berdebu tanah merah untuk seminggu baru sampai ke kota ketemu.

Pak menteri yang sebuk mengatur kayakan diri, kayakan anak bini, suku sakat dan sering bertanya tanah mana yang belum masuk dalam genggaman dan khazanah mana yang belum mereka dapatkan.

Inilah rata-rata sikap mereka yang khianat sama rakyat tapi 5 tahun sekali mereka datang bersila sama makan nasi di beranda rumah sesudah election mereka hilang di perut kota tidak ada berita tahu diam joli di luar negeri anak bini beli belah macam tauke judi kayanya bukan main dalam poket penuh dollar.

Inilah rata-rata pemimpin yang kalian sembah, yang kalian bontoti dan mereka adalah pencuri dan perampok yang selalu dihalalkan perbuatannya sedang kita yang mencuri seringgit dua kesan lapar dihukum dua tahun menjara sedang mantan menteri besar berjuta disonglap penjaranya di rumah bersenang mewah makan boroi perutnya.

Kita memang tidak ada lagi pilihan lain. Di kiri salah di kanan salah berundur juga salah dan tiada jalan lain terus ke depan siap menendang sesiapa saja yang menghalang jika tidak mahu ikut cara langkah sebab mereka bukan pejuang sebalik pengkhianat negara yang mendapat habuan dari pemerintah.

Memang tiada pilihan lain dan warisan tetap diutamakan meski mati demi negara bangsa kita sama hadapi.

UbahSabah
UbahSabah
UbahSabah
UbahSaba


No comments:

Post a Comment