Saturday 17 December 2016

FST...WARISAN JELAJAH DULU KE DESA-KAMPUNG PERKENALKAN VISI PERJUANGANNYA


OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Saturday 17/2016 December

HARI ini seorang DS Shafie Afdal menelefon saya dan rasanya sekitar 3-4 hari dia tidak menelefon saya dan saya tahu dia sebuk sangat dan hari ini kami berkesempatan bercakap dan sekitar satu jam kami bicara banyak hal.

" WARISAN ini sebuah rumah yang jendelanya belum cukup dan tangganya juga perlu diusai dan rumah ini belum dikenali dan perlu dikenalkan agar rakyat tahu " Kata DS Shafie dan saya cukup mengerti dan inilah yang selalu saya katakan berulang-ulang tetapi ramai yang tidak faham atau tidak mahu faham.

WARISAN memang parti ditubuhkan oleh Darell dan teman-teman  dan kemudian DS Shafie  diajak ke dalam dan ini diakui sendiri oleh DS Shafie  lewat sembang di Autral Park dua bulan lalu.

WARISAN baru diuar-uarkan setelah ROS luluskan perubahan logo dan perubahan nama disisihkan PEMBANGUNAN dan yang diguna pakai PARTI WARISAN SABAH.

Sebagai parti baru samalah macam sebuah rumah yang belum lengkap dan jendela belum teratur, pintu tidak kemas, yang dalam rumah juga masih belum dapat menyesuaikan diri dan masih banyak ruang kosong yang belum diisikan dan perlu diisi dan untuk mengisi perlu kesesuaian tidak boleh main isi kelak menjadi tidak menentu kesannya kacau dan ada yang mengisi bukan sekadar mengisi tetapi perlu ikhlas dalam perjuangan untuk rakyat kerana Allah.

Secara jelas WARISAN kena jelajah ke seluruh daerah/kampung dan kenalkan visi dan apa pejuangannya dan sesudah kenal barulah cinta dan mana mungkin cinta duluan baru kenal dan itu tidak boleh dilakukan secara terburu-buru . Dalam apa jua tindakan kena sabar, tekun dan penuh hati-hati  kata DS Shafie tadi.

Anak/bayi yang baru lahir tidak mungkin disuruh solat dan usia muda dipaksa kawin dan ini tidak mungkin terjadi ikut hukum Islam boleh saja haram itu penjelasan DS Shafie dan demikian juga WARISAN yang ia sendiri sebagai presidennya.

Ia sentuh juga soal ucapannya di Sandakan dan memang benar ia berkata di Sabah banyak parti dan ketika itu ia usaha berjenaka dalam ucapannya di sebut di Sabah banyak parti ada parti harapan, Parti tidak ada harapan, parti Cinta, parti tidak dicinta dan segala macam parti.

"Parti Harapan, Parti tidak ada harapan"" dua ayat berbeda dengan "Parti harapan yang tidak ada harapan". "Parti cinta, parti tidak dicinta" dengan bahasa "parti cinta parti tidak cinta" membawa makna yang lain dan itu harus difahami.

" Kekadang ramai yang tidak memahami bahasa dan ayat, lalu diputar belit dan inilah masalahnya sekarang " kata saya dan DS Shafie tersenyum dan memang dia akui.

" Bayangkan saya misalnya di Sabah ada 73 parti dan setiap satu parti hanya 1 kerusi saja bertanding di peringkat DUN dan di kerusi MP berebutan" katanya dan saya berfikir dan ia katakan memang inilah tujuan BN luluskan pendaftaran parti tujuannya untuk pecah dan perintah dan akhirnya rakyat merana.

" Banyak parti tidak kesah tetapi yang lebih penting rakyat harus faham dan mengerti untuk menyokong parti yang benar-benar perjuangkan kepentingan rakyat dan kerana itu WARISAN harus kenalkan diri dan jelajah ke seluruh Sabah dulu " Katanya dan itu DS Shafie  cukup yakin rakyat akan sokong kesan sambutan yang di luar jangka di beberapa lokasi di Sabah.

" Sekarang ini saya menerima laporan memang di daerah, kampung-kampung  terus bergerak sukarela kesan kesedaran rakyat sendiri dan tidak dipaksa" Katanya lagi dan itu memang benar kesan saya sendiri menerima panggilan telefon, nota melalui whatsapp yang tidak henti-henti dan ini saya jelaskan kepada DS sendiri.

Satu hal yang  Shafie  sentuh ia sering dihina termasuk dikata LANUN, ketua perompak dan Palauu dan baginya itu penghinaan tidak apa-apa  buatnya, malah ia tersenyum kala hal ini kami biarakan secara panjang lebar.

" Seorang pemimpin kena sabar dan seorang pemimpin jangan sekali melontar kata hina sesiapapun terutama rakyat dan pemimpin kena menjadi pohon beringin yang terus merendah diri" Kata saya kepada DS Shafie Afdal dan sesekali saya berlagak sebagai penasihat pula sedang yang saya nasihati lebih hebat banding saya orang kecil dan DS Shafie Afdal akui apa yang saya katakan itu dan itu menyebabkan saya terharu. Terima kasih datuk!

Bila saya sebut soal apa rancangan selanjutnya dan ia katakan musim ini musim krismas dan DS Shafie  kena hormat agar kurangkan kegiatan dan bergerak selepas krismas nanti.

" Sekarang yang beragama kristen sedang bersiap sedia menyambut perayaan krismas dan kita kena hormat mereka. Kekadang kita sedikit resah bila di musim sekarang diadakan acara politik ramai tak datang dan kita kena fikir mereka sedang bersiap sedia perlu sediakan peperluan dapor dan kemas rumah " Katanya dan kata-kata itu mengingatkan saya soal parti WARISAN yang belum lengkap dan biarlah WARISAN lengkapkan semua baru mengambil keputusan dan itupun terserah kepada rakyat sebab WARISAN bukan milik MT nanti, sebalik milik rakyat dan rakyatlah yang menentukan.

Memang banyak sangat yang Shafie  bicarakan dan bayangkan satu jam kami bicara tentu ada yang tidak sempat dicatatkan tetapi akan saya tulis di nota masa mendatang.

Yang paling saya terharu berulang-ulang Shafie  katakan soal apa kabar saya, bagaimana kesihatan saya dan bagaimana famili saya dan jaga kesihatan sebab kesihatan itu penting untuk terus berjuang dan katanya tarbiyah rakyat melalui mata pena secara ikhlas jujur dan berhemah lembut bicara.

" Saya mahu haji selalu sihat dan sabar tenang meski kena hina kutuk dan untuk kejayaan kena ada pengorbanan dan berkorban itu mestilah secara benar dan semuanya ini harus dihadapi dengan tabah berani dan isya Allah pasti beroleh kejayaan " Katanya Shafie  dan akhirnya ia pesan jangan lupa Allah menunggu solat Magrib, Isya dan segala macam solat yang kekadang ramai kalangan kita tidak mahu menemui Tuhan.

' Rakyat harus disedarkan dan sekarang hanya tahu mereka kutuk kita dan tetapi tidak pula tanya kemana hasil balak, ke mana hasil minyak dan apa yang pemimpin punya dan dari mana kekayaan mereka dapatkan" Katanya dan saya akui itu.

Sekali lagi DS Shafie  tarbiyah saya dan tidak pernah ada pemimpin lain yang berbicara demikian dan kelihatannya saya mendapat banyak ilmu meski saya ini sudah membaca ribuan buku dan menulis 30 buah buku dan kata-kata  DS Shafie  cukup menusuk dan masuk ke dalam hingga saya terasakan semakin kecil dan kecil.

Segalanya untuk Allah semata dan mengubah keadaan juga kerana Allah untuk membawa rakyat ke lokasi yang sebenarnya ikut laluan Allah yang tersediakan selama ini.




No comments:

Post a Comment