Tuesday 20 December 2016

FST....MP SANDAKAN MINTA PDRM BUAT RONDAAN KETAT DI SEKITAR BANDAR LITAT JAYA


OLEH: SHAIMON S JUMADI
Tuesday  20/2016 December

SANDAKAN:- Kawasan Bandar Litat  Jaya kini jadi sarang dan tumpuan pencuri di waktu malam hari.

Beberapa primes bangunan  di sekitar kawasan tersebut   banyak sudah kecurian  barang-barang yang disimpan di dalam kedai dan diluar bangunan berkenaan.

Ahli Parlimen Kawasan Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt berkata kawasan Bandar Litat kini sudah tidak selamat kerana kerap kali  berlakunya kecurian oleh pencuri-pencuri yang semakin  menjadi-jadi

Dalam pada itu Wong meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar meningkatkan operasi rondaannya setiap satu jam di kawasan sekitar Bandar Litat Jaya  untuk mencegah jenayah yang semakin kritkel itu.



No comments:

Post a Comment