Saturday 21 December 2013

AHLI PARLIMEN DAP SANDAKAN AKAN TERUS BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT PELBAGAI KAUM.....WONG



Written by  Admin
Saturday December  21.2013

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI
 
SANDAKAN:-  Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyokong DAP dan para pengundi P186 Sandakan  kerana memberi  sokongan  padu tidak berbelah bagi  terhadap perjuangan  DAP  yang terus dapat menerajui kepimpinannya hingga 2016 untuk berkhidmat kepada rakyat jelata khususnya kawasan Parlimen Sandakan.

Ini jelas dan terbukti dimana calon Barisan Nasional (BN) daripada komponennya iaitu LDP yang tewas pada PRU 13 ditangan pembangkang  lalu  kerana  rasa tidak puas hati atas kemenangan calon DAP iaitu Stephen Wong   dua kali telah  menfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Sandakan dan Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur  dengan tujuan untuk membatalkan kemenangan calon DAP  sebagai tidak sah tetapi telah ditolak mentah-mentah oleh kedua-kedua Hakim Mahkamah kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh.
“Sebagai Ahli Parlimen yang telah diberi mandat oleh rakyat yang berbilang kaum saya akan terus berkhidmat kepada rakyat untuk membela bagi menyampaikan suara-suara rakyat yang berdepan pelbagai masalah kepada  pihak kerajaan ini terpulangnya  kepada  kerajaan untuk mengambil sebarang tindakan atau sebaliknya” tegas Wong.

Wong berkata rakyat bukan saja di Sabah  menderita  bahkan rakyat disemenanjung terus terhimpit dalam mengharungi kehidupan seharian kerana sarah hidup  (cost of Leaving ) semakin meningkat  bukan saja harga barang-barang keperluan  naik melambung bahkan tariff elektrik juga  turut dinaikan dan ini akan membebankan  yang ditanggung oleh  rakyat yang  berpendapatan rendah termasuk golongan miskin terus terhimpit yang kaya terus jadi kaya  hingga bergelar jutawan tapi yang miskin terus bertambah miskin.

Wong berkata demikian ketika berucap di majlis Jamuan Rakyat anjuran DAP Sandakan yang diadakan di Yacth Club malam tadi.

“Memandangkan  harga barang yang semakin mahal rakyat dinasihatkan supaya lebih berjimat cermat jangan  terlalu boros  kalau berbelanja beli  barang-barang yang diperlukan saja” ujarnya.








No comments:

Post a Comment