Tuesday 10 December 2013

ANAK-ANAK GOLONGAN MISKIN TERIMA BANTUAN PERALATAN PERSEKOLAHAN DARI BAITULMAL SABAH



Written By Admin
Selasa 10 Disember 2013

OLEH: SHAIMON S JUMADI  &
SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN:- Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri  Hj Ampong Hj Puyon berkata walaupun terdapat setengah ahli UMNO Sandakan yang tidak menyokongnya semasa pemilihan AJK Bahagian 19 Oktober lalu beliau sedikitpun tidak timbul rasa dendam dihatinya malahan mengajak semua ahli UMNO di bahagian itu KEMBALI  bersatu semula demi perjuangan UMNO

“Yang sudah sudahlah itu perkara lalu apa yang penting kita sebagai anggota  UMNO seharusnya memupuk semangat kerjasama yang erat antara satu sama lain demi menjalinkan perpaduan yang kukuh.’

Ampong berkata demikian semasa berucap merasmikan pembukaan pejabat baru Puteri UMNO Bahagian Sandakan yang terletak di Blok M Lot 5 tingkat 1 Bandar Litat dan majlis penyerahan Back To School 2014  petang tadi..

“Saya  sekali lagi  mengingatkan semua ahli-ahli UMNO Sandakan sama ada diperingkat Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri , cawangan  harus mengadakan Mesyuarat bulanan disetiap  hujung bulan ini untuk membolehkan pentadbiran disetiap cawangan dapat   mengemaskinikan dan menyusun jentera masing-masing” ujrnya.

Ampong juga merasa gembira dengan daya inisiatif  Puteri UMNO Sandakan terutamanya Ketua Puteri Siti Haibah Majid  berjaya  membuka  pejabatnya  sendiri sebagai urusetia untuk memudahkan  ahli-ahli Puteri berintraksi  dan berurusan dengan Ketua Puteri dan Pegawai Kerja  sentiasa berada dipejabat setiap hari.

Dalam perkembangan lain Ampong juga berterima kasih kepada pihak Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah kerana menganjur program yang disebut Back To School pada saban hujung tahun atau awal tahun bagi menyumbangkan peralatan persekolahan seperti beg sekolah baju seragam sekolah, kasut  dan lain-lain kepada anak-anak yatim mahupun anak-anak yang kiurang berkempuan.

Ini jelas kata Ampong kerajaan Barisan Nasional (BN) memang prihatin kepada rakyatnya terutama sekali kepada golongan miskin untuk mendapat pelbagai bantuan khusus bagi meringkan beban yang ditanggung oleh orang-orang tua mereka. Tidak berkemampuan/

Program Majlis Penyerahan Back To School anjuran bersama Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah dengan Puteri UMNO Bahagian Sandakan telah disertai seramai 60 orang murid dari tahun  1 hingga ke tahun 6.

Turut hadir pada majlis tersebut Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Elopura Mohd Hj Utung, Timbalan Pengarah Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah dan Ketua Puteri Bahagian UMNO Libaram Karmi Ariffin.

Dalam  perkembangan yang berkaitan Puteri UMNO Bahagian  Libaran yang diketuai oleh Ketuanya Karmi Ariffin dengan kerjasama Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah telah berjaya mengagih-agihkan peralatan persekolahan seramai 50 murid tahun 1 hingga tahun enam


Semasa berucap dimajlis penyampaian bantuan tersebut antara lain Karmi menjelaskan golongan miskin di negeri ini khususnya di kawasan Libaran tidak terpinggir dalam menikmati pelbagai bantuan daripada kerajaan.
 
“Ini adalah dasar kerajaan BN untuk membantu rakyatnya tanpa mengira siapa mereka yang layak harus dibantu semua rakyat sama-sama merasai atau mengecapi kemudahan-kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan yang sedia ada.

Sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)   Kawasan Sekong  Datuk Hj Samsudin Yahya dalam ucapannya di majlis  penyampaian peralatan persekolah kepada anak-anak yatim kawasan batu Sapi berkata ibubapa seharusnya berterima kasih kepada kerajaan kerana saban tahun melalui Perbadanan Baitulmal negeri Sabah tidak putus-putus menghulurkan bantuan kepada anak-anak golongan tertentu.


“Saya sebagai Wakil Rakyat  akan sentiasa memantau dan memastikan  agar mana-mana anak-anak golongan kurang bekemampuan tidak terpinggir mendapatkan bantuan daripada kerajaan demi meringankan beban kepada ibubapa mereka” tegasnya.


No comments:

Post a Comment