Tuesday 31 December 2013

KENYATAAN TAHUN BARU 2014 OLEH PARTI GERAKAN RAKYAT NEGERI SABAH CHAN TZUN HEI




 IKHLAN NEKA UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2014

Tuesdy December 2013     By Admin




SETIAUSAHA PERHUBUNGAN NEGERI SABAH
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

 

Setelah mengharungi PRU-13 yang telah berlangsung pada bulan Mei tahun 2013, pertama kali Gerakan di Sabah telah diberi mandat untuk bertanding. Syukur bahawa kedua-dua calon yang dipertandingkan telah diberikan kepercayaan penuh oleh rakyat dalam memenangi kedua-dua kerusi DUN di Tg Papat dan Elopura. Bagi pihak Parti Gerakan Sabah, kami merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kerana diberi peluang untuk berkhidmat kepada rakyat dan menyuarakan suara hati mereka.

Seperti mana yang kita sedia maklum, tahun 2014 sememangnya akan disambut dengan penuh cabaran dan dugaan dengan pengumuman demi pengumuman tentang isu pengurangan subsidi, kenaikan harga barangan dan kenaikan tarif elektrik. Isu kenaikan harga barangan ini sudah tentu tidak dapat dielakkan dan sudah pasti akan menambah-beratkan bebanan dalam kos hidup harian rakyat.

Secara langsung, rakyat sedang membantu untuk menanggung bebanan kerajaan. Dalam isu ini, rakyat sebagai pembayar cukai disifatkan sebagai pelanggan tetap kepada kerajaan. Rakyat membayar cukai dan menanggung kos hidupan tinggi menyumbang antara sumber pendapatan kepada kerajaan untuk kos pentadbiran, pembangunan dan pembayaran gaji penjawat awam.

 Maka dengan itu, sebagai pelanggan yang membayar, rakyat wajar diberikan perkhidmatan yang setimpal dengan sumbangan mereka iaitu sistem penyampaian maklumat dan perkhidmatan kepada rakyat yang lebih efisien, proaktif dan mesra.

Suara hati rakyat adalah mereka sudi menanggung bebanan dengan kerajaan, namun kerajaan turut perlu menanggung tanggungjawab dan amanah kepada rakyat. Pembayaran dan caj yang ditingkatkan seharusnya seiring dengan peningkatan tahap perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Sebagai salah satu contoh, peningkatan tarif elektrik yang mulai diimplimentasikan pada tahun ini adalah satu hakikat yang tidak dapat lagi elakkan. Peningkatan ini perlu seiring dengan perkhidmatan yang dinikmati oleh pelanggan. Rakyat tidak akan berasa puas hati untuk membayar bil elektrik mereka kepada pihak SESB sekiranya pihak SESB masih gagal untuk menangani catuan pembekalan elektrik pada tahap minimum, tidak dapat menangani masalah curi pembekalan elektrik, aduan awam melalui telefon tidak terjawab dan dilayan secara kasar, gagal membekalkan elektrik yang stabil khusus kepada penyumbang cukai dan pembayaran utama iaitu kawasan kilang, industri dan komersial. 

Sekiranya kesemua ini ditangani dengan prestasi yang tinggi, sudah tentunya rakyat sudi membayar dengan puas hati dan hati terbuka. Perkara ini turut diaplikasikan kepada agensi-agensi kerajaan seperti pihak berkuasa tempatan dan jabatan kerajaan.

Walau bagaimana pun, dengan hati yang terbuka, kita harus menyambut tahun 2014 secara positif. Selain daripada merungut dan menuding jari, kita perlu mengamalkan cara hidup yang sederhana dan berjimat cermat. Walau harga barangan meningkat, kita perluB

Berbelanja dengan berhemah dengan mengubahsuai cara hidup kita. Kurangkan pengguna bekalan elektrik dan tutup alat-alat elektrik yang tidak terpakai. Amalkanlah penjimatan dalam penggunaan tenaga, petrol dan air bukan sahaja dapat kurangkan kos hidup harian malah juga usaha cinta kepada alam sekitar. Belilah barang yang diperlukan dan bukan benda yang diingini.

Akhir sekali, sebagai parti berbilang kaum, tepat dengan slogan dan polisi Parti Gerakan, kami akan sentiasa terus gerak bersama dengan rakyat dalam membela kepentingan semua lapisan masyarakat dengan semangat 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Bagi pihak pucuk pimpinan Parti Gerakan Sabah, kami mengucapkan Selamat Tahun 2014. Mudah-mudahan dengan berkatan tuhan yang maha berkuasa, Malaysia amnya dan Sabah khasnya akan jauh dari malapetaka dan sentiasa berada dalam lantasan pembangunan selaras dengan slogan negeri, Sabah Maju Jaya!


Best Regard,
王志勤  @ David
青运山打根支会主席   @ Chairman YMM Sandakan                             
Mobile: 011-12091003                                                 
  
 "为青年 为社会 For the Youth For the People"
https://ssl.gstatic.com/docs/doclist/images/mediatype/icon_1_image_x16.png
 

No comments:

Post a Comment