Wednesday 18 December 2013

TEO CHEE KANG DAN CHIN SU PHIN TIDAK PANDAI MENGENANG BUDI....VK LIEW



Written by Admin
Wednesday 18  December 2013

SOROTAN DARI MEJA SUB EDITOR (BAHASA CINA)
ISAAC WONG  KAH KEIT
 

KELMARIN saya telah membaca sebuah artikel yang ditulis  oleh Kapitan Tsen Tao You berkaitan dengan persoalan  kejujuran dan keikhlasan terhadap Datuk Teo dan Datuk Senator di  surat khabar memberi saya ilham untuk menceritakan lagi topic kepada Rakyat Sabah.

Datuk Teo dan  Datuk Senator Chin telah mengeluarkan kenyataan awam pada tahun 2010 menyatakan bahawa dia tidak dapat berkerjasama dengan ketua menteri Sabah dan hilang keyakinan terhadapnya.

Kenyataan ini cukup jelasnya untuk memecatkan jawatan  menteri dan senator mereka . Presiden Barisan Nasional kebangsaan iaitu Perdana Menteri kita telah melantik ketua Menteri Sabah sebagai  Pengerusi Perhubungan Bbarisan Nasional (BN)  negeri untuk mewakili beliau untuk menguruskan hal ehwal  Barisan Nasional negeri ,namun sehingga kini  ,mereka masih belum mengemukan sebarang kenyataan umun untuk memohon maaf kepada ketua menteri dan anggota Barisan Nasional

Sikap dan tabiat Datuk Teo dan Senator Datuk Chin begitu teruk manalah layak untuk menjadi  menteri dan senator .ini adalah kerana mereka telah mengamalkan sikap kacang lupakan kulit .Datuk Teo dan Senator Datuk Chin telah melupakan bagaimana caranya untuk mendapat jawatan menteri dan senator mereka . Jawatan mereka pegang sekarang adalah disyorkan oleh Pengerusi  LDP  Datuk Liew Vui Keong kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri. Kalau tidak disyorkan oleh Datuk V K Liew,mereka tidak akan dapat jawatan tersebut.
      
Adakah Datuk Teo dan  Datuk Senator Chin layak sebagai wakil masyarakat cina ? Pada pendapat saya ,saya rasa dia tidak layak kerana mereka tidak mengamalkan amalan cina yang murni .Dalam Masyarakat Cina , ketaatan dan mengenang budi adalah amalan cina yang paling asas yang perlu dilakuan tetapi  mereka gagal dilakukan .Oleh itu ,mereka memang tidak layak mewakili masyarakat cina.

Dengan ini, saya  mewakili rakyat sandakan untuk menyeru Perdana Menteri dan Ketua Menteri dapat mengadakan mesyuarat tergempar  dalam parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk memecatkan jawatan mereka supaya dapat mengembalikan keyakinan dan kepercayaan masyarakat cina terhadap Barisan Nasional.

Sebagai Wartawan Kanan Free Sandakan Today.com  saya tidak menyebelahi mana-mana pihak apa yang saya suarakan ini berdasarkan fakta bukan cerita direka-reka.

      

No comments:

Post a Comment