Thursday 26 December 2013

PEMBENTUNGAN TERSUMBAT PUNCA KERJA-KERJA MENANAM SERUCUK MANHOLE BARU




Written by  Admin
Thursday 26 December 2013

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:  Masalah kesumbatan pembentungan di kawasan Perindustrian Ringan SEDCO, Batu 3 Jalan Utara sudahpun dikenalpasti oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sandakan.

Pihak JKR percaya ia berkemungkinan berpunca oleh kerja-kerja menanam cerucuk bagi pembinaan manhole baharu yang dilakukan oleh Pemaju Perumahan di kawasan berhampiran Loji Tadahan Pembetungan Sandakan Utara.

“Kami percaya kesan hentakan kerja menanam cerucuk itu telah menyebabkan paip pembetungan bawah tanah di kawasan ini mengalami gegaran dari segi struktur,” kata Pekerja Am Khas (PAK) Unit Pembetungan JKR Sandakan Stanley Mohd Omar kelmarin.

Keadaan ini turut mengakibatkan beberapa manhole di kawasan tersebut melimpahkan air kumbahan keluar ke atas jalanraya kerana saluran berkenaan tidak lagi mengalir dengan lancer, tambah beliau.

Justeru itu, pertemuan di antara JKR, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan Pemaju telah diadakan bagi mengenalpasti punca sebenar masalah disamping membincangkan cara-cara mengatasinya


Jurutera Daerah JKR Sandakan Andrew Durat Misun serta Jurutera MPS Raymond Hiew bersama wakil pihak Pemaju turut meninjau lokasi terjejas oleh masalah ini.

Ketika ditemui oleh media, Jurutera Daerah JKR Sandakan Andrew Durat Misun memberitahu bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan MPS dan pemaju terbabit bagi mengatasi masalah ini dalam masa yang terdekat.

Sehubungan itu, Andrew menyeru kepada pengguna yang terjejas agar bersabar kerana pihak JKR dan pihak-pihak lain yang terlibat mampu mengatasi masalah ini sebelum ianya menjadi lebih serius.

No comments:

Post a Comment