Saturday 14 December 2013

Khir: Kesalahan jenayah kuasa majlis agama Islam negeri

Sunday December 14, 2013              By Admin

"Untuk makluman, di bawah Jadual 9 perlembagaan negara, Islam berada di bawah negerimasing-masing," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
 







KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan dan tindakan undang-undang berhubung kesalahan syariah adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata berdasarkan perlembagaan negara ini, segala isu berkaitan agama Islam adalah di bawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri, manakala Jabatan Kemajuan IslamMalaysia (Jakim) hanya membantu untuk penyelarasan di peringkat pusat.
“Untuk makluman, di bawah Jadual 9 perlembagaan negara, Islam berada di bawah negeri masing-masing, jadi segala bentuk penyelenggaraan berkaitan isu agama adalah di bawah Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri.
“Ini kita tidak boleh kacau (masuk campur)…hak dan milik kuasa negeri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Zakat 2013, Sistem Talian Zakat (I-Zakat) dan pembayaran zakat syarikat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Mufti Sabah Bongsu@Aziz Jaafar semalam bahawa beliau menerima laporan mengenai 17 permohonan kahwin mutaah (kahwin kontrak)  yang menjadi amalan pengikut Syiah, di daerah Papar.
Syiah merebak
Bongsu berkata hal itu menunjukkan fahaman Syiah kini sudah merebak ke kawasan luar bandar.
Sehubungan itu, Jamil Khir berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Majlis Agama Islam Negeri itu untuk bertindak menyelesaikan masalah permohonan nikah mutaah berkenaan sekaligus menangani penularan fahaman Syiah.
“Sebab saya nak ulas, nak kena tengok balik maksud nikah mutaah itu macam mana pula. Bila sebut pernikahan, undang-undang dan mahkamah adalah di bawah Majlis Agama Islam Negeri masing-masing,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata sehingga semalam, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjaya mengutip zakat sebanyak RM397 juta berbanding RM294.4 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.
“Insya-Allah, sasaran kutipan zakat sebanyak RM430 juta dengan pembayar seramai 120,000 yang disasarkan oleh PPZ-MAIWP pada tahun
ini akan tercapai,” katanya.
Pada majlis pelancaran itu, sebanyak 11 syarikat menyampaikan pembayaran zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP bernilai RM5.4 juta.
Bernama

No comments:

Post a Comment