Friday 13 December 2013

DAPAT PINGAT KEBESARAN DARI KESULTANAN SULU TANPA SARINGAN DAN SONTOLOYOPUN LAYAK MENERIMANYA



Written By Admin
Jumaat 13 Disember 2013

DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI

MASYARAKAT kini khususnya di Sabah telah digembar gemburkan bilamana lima orang dua daripadanya bangsa India dan tiga yang lainnya  bangsa Melayu telah mendapat anugerah bintang darjah kebesaran (pingat) yang masing-masing membawa pelbagai gelaran ada yang Datu, Datu Seri dan Tan Sri daripada Kesultanan  Sulu

Mengikut sumber-sumber rasmi mereka mendapat pingat tersebut daripada Kesultanan Sulu itu melalui dalang atau  Broker mohon izin yang menjual pingat-pingat darjah kebesaran tersebut  fokus utama  kepada golongan orang-orang kaya (kelongmerat) dengan harga yang agak lumayan tidak jatuh RM30.00, hingga RM50.00 tertakluk kepada kategori pingat tersebut.

Yang menjadi bahan ejekan kepada masyarakat sekeliling mereka menerima darjah kebesaran tersebut secara tersembunyi entah Istana mana mereka gunakan untuk  mengadakan majlis mempertabalkan  kepada lima orang itu  adakah para sultan-sultan yang ada di negara ini termasuk para Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri seperti Sabah, Melaka, Sarawak dan Pulau Pilang dijemput hadir bagi menyasikan hari pertabalan tersebut.

Adakah pihak kerajaan Malaysia khususnya pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk juga pihak Majlis Keselamatan Negara (KMN) menyedari adanya  pihak Kesultanan Sulu memberikan anugerah-anugerah kepada orang-orang yang tertentu itu yang tidak ada tapisan atau saringan terlebih dahulu main hentam keromo saja memberikan pingat-pingat  kepada orang-orang yang dimaksudkan.

Kalau di negara kita sesiapa  saja yang bakal dikurniakan pingat  keberasan oleh kerajaan sama ada melalui Duli yang Dipertuan Agung atau sultan-sultan di Sembilan negeri, termasuk anugerah daripada negeri Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka memang ditapis dengan teliti mengenai latar belakang mereka.

Seandainya mereka mungkin terlibat dalam kes-kes jenayah pada dahulunya sudah tentu mereka tidak layak menerima sebarang pingat daripada kerajaan ini system paling cantik paling semporna apa yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia melalui system Kesultanan dan Raja-Raja Malaysia.

Bagi pandangan peribadi saya apalah gunanya kalau kita menerima sebarang darjah kebesaran dari orang-orang yang tidaj jelas hanya mengaku  dirinya  sebagai Sultan tetapi tidak ikhtirafkan (recognise) mohon izin   oleh mana-mana kerajaan termasuk kerajaan Malaysia sendiri hanya menjadi bahan ejakan ini amat memalukan  pada diri sendiri kerana mendapat gelaran Datu, Datu Seri tetapi tiada orang yang mahu menghormati sebab main bidan terjun mendapat gelaran tersebut kalau begini SENTOLO GATEL PAK LOSO) pun  boleh dan layak  dapat pingat seperti itu dengan jalan mudah.

Fenomena seperti ini pernah berlaku di mana dua (2) bangsa Cina dari Sandakan saya tak paya sebut namanya di portal ini barang siapa membaca artkel ini mereka tentu tahu siapa yang yang dimaksudkan itu seorang lelaki dan seorang perempuan berkhidmat di Majlis Pendaran Sandakan (MPS) memegang jawatan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden MPS di mana mereka berdua ini mendapat pingat kebesaran daripada Kesultanan Sulu dari negara Filipina yang membawa gelaran Datu.
  
Malangnya anuegarah yang ditabakan oleh Sultan Sulu tersebut tidak diikhitiraf oleh kerajaan Malaysia,

ini contoh mereka hanya menjadi bahan ejekan saja sebab Datu mereka tidak diterima.....malunya.



PINGAT.......LIMA ORANG INI MENDAPAT BINTANG DARJAH KEBESARAN  DARIPADA KESULTANAN SULU ADAKAH PINGAT DARJAH KEBERASAN INI DIKHTIRAF OLEH KERANAAN MALAYSIA TOLONG KOMEN ADA RUANG KOMEN DI BAWAH INI

No comments:

Post a Comment