Saturday 21 December 2013

AHLI-AHLI UMNO SANDAKAN DIAJAK BERSATU SEMULA DEMI KEPENTINGAN PERJUANGAN UMMO...AMPONG



Written by Admin
Saturday 21 December 20

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN:- Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong  Hj Puyon sekali lagi mengingatkan kepada ahli-ahli UMNO  kembali semula bersatu supaya perjuangan  UMNO di kawasan Sandakan bertambah kukuh dan kuat.

Katanya dengan gandingan ahli-ahli diperingkat akar umbi yang merangkumi Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri  justeru jentera parti UMNO Sandakan semakin mantab dan tidak  gentar untuk menghadapi musuh-musuh politik yang memang sentiasa mahu mengganggu gugat perjuangan UMNO.

“Terus terang  saya katakan saya  tidak berdenbam terhadap mana-mana ahli-ahli UMNO yang tidak menyokong saya dan tidak mengundi saya semasa pemilihan AJK Bahagian pada 19 Oktober lalu  saya  akan lupakan sengketa lalu apa yag saya mahu saya dengan telus dan ikhlas hati   mengajak semua ahli UMNO di  bahagaian Sandakan kita bersatu semula demi kepentingan perjuangan UMNO.
 
“Tiada gunanya kita terus mendendam rasa untuk selama-lamanya kerana  disebabkan tewas dalam pemilihan tersebut dan  UMNO memang sentiasa mengamalkan system demokrasi  bagi memberi peluang dan laluan  terhadap ahli-ahlinya  bertanding apa saja jawatan yang difikirkan sesuai.

Dengan kekalahan itu bukannya dijadikan tembok perpecahan di kalangan  ahli-ahli UMNO yang tewa,  ini adat bertanding  kalah menang itu adalah perkara lumrah, yang menang teruskan perjuangan berkhidmat untuk parti dan rakyat yang kalah kena terima hakikat

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Program Warga Ceria dan Back To School 2014 anjuran JASA Negeri dengan kerjasama Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan yang di adakan di Ballroom di sebuah hotel terkemuka di sini  pagi tadi.

“Kalau kita bersatu menjalinkan kerjasama yang erat antara satu sama lain sudah tentu jentera  parti UMNO Sandakan  bertambah kuat tetapi disebabkan berlakunya perpecahan gara-gara kalah dalam pertandingan ini akan  melemahkan perjuangan  dan ini akan memberi laluan kepada  musuh-musuh politik  yang  sentiasa mahu melumpuhkan kekuatan kita” tambahnya

Ampong juga memuji peranan Wanita UMNO Bahagian Sandakan yang  diterajui kepimpinan Noraini Sulong dan barisan AJKnya membuktikan bahawa peranan Wanita UMNO sebagai tulang bekalang kepada jentera UMNO Bahagian hari ini terbukti berjaya  menganjurkan program Warga Ceria dengan sekaligus Program Back To School anjuran bersama JASA Negeri mendapat sambutan yang luar biasa.

Saya ikhlas memperkatakan   kepimpinan Wanita Bahagian UMNO Sandakan  yang diterajui oleh Noraini Sulong  sebagai Ketua Wanita UMNO  nama Noraini Sulong begitu pantas  melonjak kepuncak taktah dipersada dunia politik tanah air kerana tidak putus-putus namanya tersebar luas didada-dada akhbar cetak dan portal alam maya 
Syabas Noraini   teruskan perjuangan dan perananmu sebagai pemimpin Wanita boleh dijadikan idola “ ujar Ampong.

Sambil itu Ampong mengumumkan kemungkinan pihak Suruhanjaya Pelihanraya (SPR) akan menambah lagi  dua  persempadanan  kawasan pilihanraya iaitu DUN dan Parlimen.

“Jika perkara ini wujud dan menjadi realiti bagi pihak UMNO Sandakan akan meminta dua kawasan yang dimaksudkan itu bakal meletakan calon-calon daripada koata UMNO" tambahnya









No comments:

Post a Comment