Monday 30 December 2013

MEMBANTAH KENAIKAN HARGA BARANGAN BUKAN BERERTI GUNLINGKAN KERAJAAN



 Written by Admin
Monday December 2013

PANDANGAN DARI MEJA PENGARANG
SHAIMON S JUMADI
  


PERHIMPUNAN yang bakal diadakan di Dataran Merdeka Ibu Negara (Kuala Lumpur) pada malam 31 Disember 2013 telah menjadi isu hangat  di kalangan rakayat seluruh negara.


Menurut keterangan daripada beberapa pemimpin parti-parti pembangkang mereka  bakal berhimpun pada 31 ini bukan bertujuan untuk menggulingkan kerajaan BN yang ada sekarang tetapi hanya membantah tindakan kerajaan akan menaikan harga barangan dan sarah hidup rakyat yang  semakin tinggi dan beban berat kepada rakyat.



Ada sesetengah pihak pula mendakwa mereka berhimpun bertujuan mahu menggulingkan kerajaan dan ramai kononnya yang setia sebagai penyokong kerajaan beriya iya sangat membuat laporan polis di balai-balai polis berhampiran hingga membawa kuncu-kunci mereka yang diperalatkan.

Apapun fenomena ini telah menjadi satu tandatanya bagai mana pula  tindakan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Karang yang turut membantah kenaikan harga barangan ini sehingga mereka menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri sebagai bantahan adakah mereka ini juga didakwa sebagai penghianat negara atau coba menggulingkan kerajaan.

Mereka sebagai rakyat mempunyai hak mutlak  untuk bersuara atau membantah kalau tindakan kerajaan itu hanya menyusahkan rakyat saya fikir tidak salah kalau adapun para penyokong UMNO/BN yang turut berbuat sedemikian ini untuk kebaikan kerajaan BN/UMNO supaya rakyat bertambah sayang dengan pemimpin BN/UMNO.

FreeSandakan Today.com telah membuat tinjauan dan bertanyakan sendiri kepada para penyokong tegar UMNO/BN mengenai tindakan kerajaan untuk menaikan kos sarah hidup dapa tahun 2014  mereka juga tidak setuju ini bakal menyusahkan rakyat bukan saja kepada para penyokong pembangkang 70 peratus memang miskin tegar bahkan para penyokong UMNO/BN turut terkena tempiasnya kenaikan harga barang ini.

Tindakan Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Tanjung Karang satu perbuatan yang berani bernas kerana mereka adalah bakal pemimpin pelapis mereka berbuat demikian bukan bererti mereka benci BN atau tidak sokongan BN/UMNO tapi mereka lakukan untuk kepentingan rakyat jelata.

Disamping untuk masa depan BN/UMNO terutama sekali untuk menghadapi pilihanraya yang ke 14 agar rakyat memberikan sokongan padu  kepada BN/UMNO.

Ekoran tindakan kerajaan menaikan harga barangan yang melambung tinggi sehingga diluar kemampuan rakyat sudah pasti ini akan menjadi senjata, propaganda dan isu panas kepada parti-parti pembangkang untuk menghasut rakyat supaya tidak menyokong kerajaan BN/UMNO pada PRU 14 nanti.

Kenaikan harga barangan yang bakal menjadi kenyataan ini bukan saja para penyokong parti pembangkang murkah kepada kerajaan BN/UMNO bahkan 70 peratus ahli-ahli UMNO/BN turut murkah tapi apa kan daya mereka kalau membantah nanti dicap sebagai penderhaka kepada parti dan kerajaan terpaksa main diam saja.

Bukan juga semua ahli-ahli UMNO/BN di negara ini semuanya kaya raya ada juga yang masih gembel makan pagi kais pagi makan petang kais petang.

Bila ramai para penyokong kerajaan BN buat laporan polis dijadikan bahan ejekan saja oleh orang-orang tertentu ada yang mengatakan mereka itu bermuka-muka angkat kaki mahu mencari publisiti murahan saja lucu juga ya.

Kita tak buat laporanpun pihak polis akan ambil tindakan terhadap mana-mana individu yang menyertai perhimpunan hara itu  kerana takut tercetusnya hura-hara dalam negara.
 
Tapi kalau sekadar  pasang kain rentang (Banner) seperti yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tg Karang itu secara aman itu satu tindakan yang baik kerana mereka membela nasib rakyat yang terus terhimpit dalam mengharuingi kehidupan seharian, Syabas Pemuda Tg Karang atas keberanian bertindak yang tidak bertentangan dengan undang-undang negara.


No comments:

Post a Comment