Saturday 28 December 2013

STACY BAKAL PELUK AGAMA ISLAM ATAS BIMBINGAN AKIM AF7

Written by Admin
Sabtu 28 Disember 2013

OLEH: SALMAH WAN DZULKIFLIE

SHAH ALAM:-  Rakyat Malaysia khususnya para peminat setia Stacy seorang penyanyi yang telah mengharumkan nama negeri Sabah di industry music tanah air  dua tahun dahulu Stacy pernah digembar gemburkan akan memeluk Agama Islam  kini hasrat dan nawaitunya untuk memeluk Islam mungkin akan menjadi kenyataan.

Wartawan Hiburan Free Sandakan Today.com Kuala Lumpur yang sentiasa mengikuti perkembangan Stacy sedikit sebanyak dapat merungkai perjalanan hidup Stacy sebagai penyanyi  dia sendiri menjelaskan dia (Stacy) sekarang sudah mempelajari selok belok dan hal ehwal Agama Islam.

“Lagipun saya memeluk Islam bukan didorong  untuk berkahwin dengan Akim AF7 ini adalah atas keikhlasan saya sendiri yang mempercayai Agama Islam itu mudah,suci  dan indah” katanya.

Katanya lagi Stacy mempelajari Islam adalah atas bimbingan Akim sendiri dan mereka lama sudah bercinta cuma pada masa itu para peminat Stacy kah atau Akim tiada siapa yang tahu dan menyedari bahawa mereka sudah menjadi pasangan yang intim.

Kak Salmah bagi pihak Free Sandakan Today.com mendoakan semoga niat dan nawaitu Stacy memeluk Islam terkabul  dan bila dah jadi saudara Islam patuhilah segala akidah Islam agar jadi seorang wanita Islam yang solleha.

Tentang judoh Stacy dengan Akim  kakak Sal doakan semoga perkahwinan kamu berdua dipanjangkan judoh, banyak anak dan dimurahkah rezeki.


No comments:

Post a Comment