Friday 16 December 2016

Free Sandakan Today Online- FST…….. WONG SYABAS 888 PELAJAR IPT TERIMA BANTUAN RM1,000 SEORANG DARI KERAJAAN PULAU PINANG




OLEH: SHAIMON S JUMADI
Friday 16/2016 December


SANDAKAN:- satu lagi kejayaan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah tadbir dan pemerintahan PAKATAN HARAPAN  menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 seorang   yang membabitkan seramai 888 orang pelajar di negeri itu yang berjaya melanjutkan  pelajaran keperingkat Ijazah Sarjana Muda.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt  berkata  keprihatinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi bantuan  Pendaftaran pelajar ke IPT atau i-BITA itu membuktikan bahawa kerajaan negeri komited dalam membangunkan modal insan di Pulau Pinang.


Wong berkata Pulau Pinang tidak mempunyai hasil alam semulajadi seperti balak dan minyak, tetapi mempunyai modal insan yang boleh dibanggakan di mana rakyatnya yang berbilang kaum Cina-Melayu dan India  hidup dalam keadaan lebih selesa.

“Sebab itu kerajaan negeri memberi perhatian khusus kepada pembangunan modal insan di Pulau Pinang,”

Wong berkata kerajaan  negeri di bawah pemerintahan PAKATAN HARAPAN yang membabitkan DAP-PKR dan AMANAH memang sentiasa disenangi oleh semua lapisan masyarakat yang berbilang kaum di begeri itu.

Wong juga Pegerusi DAP Negeri Sabah  sambil mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang dipilih menerima bantuan tersebut.


Kata Wong lagi bantuan berkenaan merupakan hasil daripada dividen anti-rasuah yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan sejak mula memerintah negeri itu pada 2008.


Katanya, sedikit sumbangan daripada kerajaan negeri itu diharap dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh pelajar akibat kenaikan kos sara hidup dan harga barangan pada masa ini.

“Itulah DAP  du Pulau Pinang semakin hari kian diterima  bukan saja kaum Cina dan India jadi ahli DAP bahkan orang-orang Melayu sendiri ramai sudah menjadi ahli DAP dan menerima perjuangan DAP yang terus mengamalkan system membela nasib rakyat tanpa pilih bulu atau warna kulit bangsa dan agama demi menjaga  hak asasi rakyat  sama rata” kata Wong lagi


No comments:

Post a Comment