Wednesday 28 December 2016

FST...;. SESETENGAH ORANG ISLAM KATA UCAP MERRY CHRISTMAS HARAM TAPI ZINA -JUDI - RASUAH KATA MEREKA HALAL


( Tegur saya jika salah tapi beri hujah)

OLEH: NURLUYANA ABDULLAH-FST
Wednesday December 28/2016

ZAMAN internet ini macam-macam  kita baca seolah yang di internet itu benar dan tiada lagi yang benar selain internet.

Yang di internet ada yang menyesatkan dan kekadang ada hukum terlalu menyusahkan sedang Islam itu mengajar hidup sederhana dan tidak menyusahkan umatnya.

Kita tahu negara kita ini beza dengan negara Arab yang 100% muslim, sedang di Malaysia ini negaranya pelbagai bangsa, agama, kepercayaan dan budaya yang berbeza.

Negara kita ini hampir sama dengan negara di Eropah yang penduduknya pelbagai agama dan ini kena faham.

Ada yang mengatakan setiap datangnya hari Krismas, depavali atau tahun baru cina haram hukumnya mengucapkan selamat hari krismas, depavali dan tahun baru cina itu.

Kenyataan semacam ini harusnya dihalusi diperjelaskan secara detail dan elak menerima secara membabi buta.

Seperti yang saya katakan Islam itu sederhana tetapi ada mengambil sikap keras dan ada yang sederhana/lembut, makna ada dua pilihan.

Misalnya ada yang mengatakan ucapan krismas itu haram dan bagaimana jadi haram? Inilah yang saya fikirkan dan cuba kita bincang secara terbuka.

Di Malaysia ini bila dimusim raya, mereka yang tidak islam datang ke rumah kita dan kita sambut dengan baik sebab itu ajaran islam hormat tetamu dan bila musim krismas, depavali atau tahun baru cina dikata haram hukumnya mengucapkan kata selamat hari krismas. Kenapa begitu keras sekali?

Orang berbuat baik kepada kita dan kita pula mengatakan tidak baik dan haram hukumnya dan ini tidak benar dan saya fikir bertentangan dengan ajaran agama Islam. Betulkan jika saya silap sebab saya baru belajar.
Cuba kita perhatikan keputusan majlis agama Islam di Eropah dan mereka memutuskan tidak salah dan tidak haram malah harus kata mereka di Eropah.

Majlis agama islam di Eropah yang terdiri ulama/bijak pandai hal agama memutuskan demikian tidak salah kecuali menghadiri masa mereka mengadakan upacara dan itu tidak boleh dan makanan yang dimakan haruslah halal dan itu keputusan majlis agama di Eropah. kenapa pula ada yang mengatakan haram?

Keadaan di Eropah dan Malaysia ini memang hampir sama dan beza dengan di Arab.

Memilih sederhana itu tidak salah sebab bila kita ucap selamat hari krismas tidak semestinya kita reda agama mereka, tetapi kita ucap kesan menghormati perayaan mereka dan bukankah menghormati itu ajaran agama islam sendiri yang bersikap sederhana?

Kekadang di internet ini banyak sangat bahan boleh didapatkan dan jika mereka terbaca yang bersikap keras, maka keraslah jadinya agama itu tetapi jika terbaca yang lembut/sederhana, maka sederhanalah yang kita dapatkan tapi harus dimengerti yang Islam itu mengajar hidup sederhana dan menghormati orang lain.


No comments:

Post a Comment