Wednesday, 1 March 2017

FST….MP SANDAKAN BINCANG ISU BEKALAN MINYAK MASAK 1 KG PAKET DENGAN KPDNKK



SHAIMON S JUMADI-FST
Wednesday March  01/2017


SANDAKAN:- Sejak kebelakangan  ini rakyat khususnya pengguna telah dibebani oleh pembelian minyak masak yang berbotol kandungannya 2kg dengan harga RM13.00 hingga RM15.90 ikut jenama pengeluar.

Ini sebenarnya berpunca dari ketiadaan  bekalan minyak masak paket 1kg minyak subsidi yang dijual dipasaran dengan harga 1 paket hanya RM2.50 sahaja kini jenis minyak masak paket sudah tiada lagi  dijual di pasar-pasar raya ataupun kedai-kedai runcint berhampiran.

Dengan itu Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt mencari pendekatan dan beliau sendiri berkunjung ke pejabat Kementeri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)  Cawangan Sandakan untuk berbincang lebih terperinci dengan para pegawai kementerian berkenaan  untuk  mengetahui mengenai ketandusan pembekalan minyak masak paket tersebut.

Wong berkata kita perlu tahu sedikit sebanyak mengenai ketandusan bekalan minyak tersebut dan Wong minta pihak kementerian berkenaan memberi tahu rakyat  apa sebenatnya sudah berlaku supaya rakyat tahu tidak tertanya-tanya kenapa sekarang sukar membeli minyak masak guna paket 1kg itu.

Rakyat yang berpendapatan rendah kata Wong lagi kini dibebani oleh harga minyak masak kenara harga sebotol 2kg harganya memcecah RM12.90  kalau mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu memang mereka tidak dapat membeli minyak masak tersebut.


No comments:

Post a Comment