Written By Admin
Sunday Disember 1-2013
KUPASAN DARI MEJA SUB –EDITOR
SHAIMON S JUMADI
PADA Tahun era 1950 an
hingga akhir 1970 an di daerah Sandakan
banyak Kebun getah yang terletak di Batu 4 kepunyaan Syarikat Ngui Ah Kui
((NAK) Batu 5, Sibuga, Batu 6 Jalan
Labuk kebun kepunyaan Syarikat Man Woo Loong, Batu 7 Hap Chong .
Sementara
Batu 10 Sandac Estate dan Sandala kepunyaan Harrison and Crossfield Batu 3 kepunyaan Tong Huat , dalam pada itu
banyak penemuan bangkai kapal perang tentera Jepun bangkai Bom dan topi tetapi masa
itu mereka tidak menghiraukan langsung kalau pada masa sekarang dengan adanya
pemenuan seumpama itu satu Malaysia sudah tentu mendapat liputan meluas media dan diambil dimasukan Muzium (Arkib) sebagai
khazanah negara.
Berbalik
mengenai ladang tersebut Kebanyakan ladang-ladang
getah yang dimasudkan itu para
pekerjamya yang menjadi penorek 70
peratus adalah bangsa Jawa termasuk yang
menjadi mandornyapun orang Jawa sama ada
Jawa bawaan kontrakan (Jerman) atau bawaan Jepun contohnya di Sandala Estate mandornya Arwah Wak mandor Duraman, Sandac
Estate arwah Wak mandor Rukiman, Batu 6
Arwah mandor Wak Awang, Sibuga mandor Wak Entet, Batu 5 mandor Wak Busuh dan Batu 4 mandor arwah Kakek Jasman.
Yang
anehnya walaupun sebahagian pekerja dilandang-ladang tersebut ada juga
suku-suku lian seperti Bangsa
Sungai, Bajau, Suluk, Tidung, Banjar dan Kagayan 90 peratus sleng atau loghat
percakapan mereka dipengaruhi loghat Jawa sebutan Kok ngapain kok ditengohin
sudah sinonim dilidah mereka
Begitu
juga kalau musim bulan Arwah (Bulan Sahban) mereka mengadakan kenduri walaupun
bukan bangsa Jawa mereka sudah
terikut-ikut adat Jawa dengan menggunakan ambeng makan diatas daun pisang
masakannyapun ala masakan Jawa tidak tertinggal rempeyek dan bergedel serta
sambel lode.
Sehingga
majlis perkahwinan walaupun mereka itu bangsa Suluk dan sebagainya pengantin lelaki dan perempuan memakai
kostium Jawa dingkat macam raja, sebelum masuk pintu pemgantin perempuan menyambut ketibaan lelaki dengan mencuci kaki
dengan telur ayam.
Pada
sebelah malamnya ada persembahan Jaran Kepang (Kudang Kepang) Ketopra dan
tarian Ronggeng tarian Jepong tidak juga
ketinggalan pancaragam dari sandakac Estate iaitu pencaragam Unplug kepunyaan arwah Haji Usir pemain Akodian Sanusi Kario main Double Bass dan
Arwah Ghani Muluk main Drum.
Bercakap
tentang kenduri arwah mereka suka duduk
bersebelahan imam sebab bila selesai
membaca doa arwah imam tadi terus mengambil seekor ayam bulat direbus atau digoreng yang disebut Ingkung .
Sesiapa
yang duduk dekat imam memang untung besar sebab iman tadi mematah- matah ayam
(diperetelin) untuk di agih-agihkan kepada jemaah inilah kelebihan zaman dulu, kebanyakan orang-orang Jawa dulu yang sudah kembali
kerahmattullah nak makan dodolpun sudah apa lagi kuih gemblong dan getuh ubi
sudah banget.
Yang
masih diwarisi oleh keturunan Jawa yang
ada sekarang ialah Pecel, Bergedel, Rempeyek, Gado-gado dan sate, termasuk bakso serta tempe.
Adat-adat
Jawa sebegini rupa kalau di semenanjung seperti di Johor, Pontian Kota Tinggi, Muar, Pari
Jawa, Mersing, Batu Bahat begetu juga di Banting Selangur adat resam Jawa nasi
ambang masih ujud lagi dan mereka masih
mengamal adat Jawa terus dikekalkan dan diwarisi turun menurun berbanding di
Sabah susah untuk dianalisis
Kalau nak tahu Yb Datuk Seri Ahmad Zihid Hamidi Menteri Dalam Negeri (KDN) ayahya berasal dari
Ponorogo Surabaya
No comments:
Post a Comment