Written
by Admin
Sunday
Disember 01-2013 (gossip-Gosip Artis)
OLEH FAIZAL ABDUL LATIFF AHMAD
KULIM KEDAH:- Mohd
Fahmi Mohamed Alias, 20, menafikan dakwaan bahawa dia telah merogol Nor Fazira
Saad dan mengahwininya untuk mengelakkan diri daripada didakwa.
“Kami
hanya mengadakan hubungan seks selepas berkahwin,” katanya ketika ditemui
dirumahnya di Kampung Nagalilit dekat sini.
Dia
mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala
Ketil, tiga atau empat bulan sebelum dia menyedarinya.
“Rakan-rakan
saya yang ada di sana melihat dia (Nor Fazira Saad) begitu mesra dengan seorang
lelaki. Dia mengenali lelaki itu ketika bekerja di pekan Padang Serai (dalam
daerah Kulim).
“Kerana
tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, saya membuat keputusan untuk
menceraikannya,” kata Mohd Fahmi.
Mohd
Fahmi menceraikan Nor Fazira dengan talak satu.
Dia berkata, mereka merupakan pasangan bahagia sebelum lelaki
itu mengganggu rumah tangga mereka.
“Dia
amat biadap terhadap ibu bapa saya dan tidak pernah memasak.
“Dia akan lari dari rumah setiap kali dia tidak berpuas hati
dengan sesuatu perkara,” kata Mohd Fahmi.
Ibu
Mohd Fahmi yang enggan namanya didedah berkata, turut menyangkal dakwaan Nor
Fazira tidak diberi makan.
“Kami
menjaganya dengan baik dan menerimanya walaupun dia berperangai jahat,”
katanya.
Mohd Fahmi yang bekerja di ladang kelapa sawit menerima gaji
RM1,000 sebulan.
Dia
berhenti sekolah ketika berumur 16 tahun untuk bekerja. Dia mendakwa bertemu
Nor Fazira dua bulan sebelum perkahwinan mereka, November tahun lalu.
“Pada
mulanya hubungan kami tidak ubah seperti hubungan adik beradik tetapi perasaan
cinta mula wujud selepas itu,” kata Mohd Fahmi. – fst
No comments:
Post a Comment