Monday, 4 August 2014

MP SANDAKAN BERJAYA BANTU KELUARKAN CARUMAN KWSP RM168457.41 MILIK MILLINCIO

Written by Admin
 OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Kisah seorang pesara warga tempatan  yang dikenali sebagai Millincio Majer yang telah kehilangan kad pengenalannya  dan apa bila memohon semula pihak Jabatan Pendaftaran  Negara (JPN)  menolak permohonan barunya kerana ada orang lain yang telah menggunakan kad pengenalannya.
Disebabkan ketiadaan kad pengenalan, pesara tersebut yang telah  membuat caruman KWSP selama ini, tidak dapat mengeluarkan caruman KWSPnya, dan juga gagal membuka akaun di bank
Pada tahun lepas, Millincio Bin Majer telah berjumpa dengan Ahli Parlimen  Sandakan Stephen Wong dan seterusnya menyuarakan aduannya serta meminta pertolongan untuk menguruskan halnya yang berkaitan dengan KWSP
Setahun kemudian menyusuli perkembangan kes pesara tersebut dengan KWSP dan Jabatan Pendaftaran Negara, YB Stephen Wong telah berjaya membantu untuk memindahkan duit KWSP milik Millincio Bin Majer yang sebanyak RM168457.41, kepada akaun isterinya Nursia Binti Aminulla, dan amaun tersebut telah diterima baru-baru ini.
Millincio  bersama dengan seisi keluarganya bertemu dengan  Stephen Wong, untuk mengucapkan terima kasih atas bantuan beliau mendapatkan wang caruman KWSP teruta sekali dibulan Ramadan Al-mubaraq
Dia  (Millicio) juga memberitahu YB Stephen Wong, duit KWSP yang telah didapatkan pada bulan Ramadan yang penuh rahmat ini, amat bermakna kepada keluarganya, kerana wang tersebut diperlukan untuk membiayai anak-anaknya yang sedang belajar di universiti dan sekolah tempatan.
Walau bagaimanapun, Millincio dan seisi keluarganya bersyukur dan berterima kasih atas bantuan Stephen Wong walaupun Ahli Parlimen dipihak pembangkang namun berjaya menyelesaikan satu kes yang agak rumit tetapi dapat diselesaikan.
“Inilah wakil rakyat seperti YB Wong Tien Fatt benar-benar berjiwa rakyat tidak kira apa saja bangsa dan keturunan tetap dibantunya dengan sedaya upaya sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih pada pilihanraya akan datang PRU 14 nanti pastinya kerusi Parlimen Sandakan tetap menjadi milik semula DAP jangan khuatir YB” jelas Millncio dengan hati yang penuh terharu.


No comments:

Post a Comment