Saturday 16 August 2014

BAYARAN RM8,000.00 KOS PEMBAYARAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN SALURAN KUMBAHAN TIDAK WAJAR.......TEGAS WONG

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Sepatutnya sebelum kerja-kerja pembaikan saluran kumbahan dijalankan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) seharusnya memaklukan terlebih dahulu kepada para pemilik premis agar mereka tahu dan  ini untuk mengelakan  mereka  tidak dikenakan  bayaran sehingga beribu-ribu ringgit ini satu bebanan yang berarat ditanggung.


Ekoran fenomena tersebut Stephen Wong  banyak menerima aduan daripada pemilik premis yang menunjukkan pihak MPS mengenakan bayaran sebanyak RM8,000.00  ribu ringgit untuk membaiki saluran kumbahan di luar bangunan, bagi bangunan 4 atau 5 tingkat. Ini amat membebankan pemilik premis.



Disebabkan kos  bayaran pembaikan saluran kumbahan bagi setiap tingkat sekurang-kurangnya 2 ribu ringgit ke atas, ini merupakan bayaran yang tidak munasabah.

Beliau berkata, MPS menjalankan kerja-kerja pembaikan saluran kumbahan bagi pihak pemilik premis adalah tindakan yang wajar, tetapi MPS seharusnya memaklumkan bayaran kepada pemilik premis terlebih dahulu, supaya pemilik premis dapat membuat pertimbangan, bukanlah mewajibkan pemilik bagi setiap tingkat membayar sebanyak 2 ribu ringgit atau lebih.

Menurut Wong, pemilik premis mengadu bahawa saluran kumbahan di luar bangunan rumah kedai berkenaan, hanya tingkat 2 dan 3 sahaja yang rosak dan memerlukan pembaikan, tetapi pihak MPS pula melaksanakan kerja pembaikan bagi seluruh bangunan, iaitu dari tingkat 1 hingga tingkat 4. Ini merupakan pembaziran wang kerana saluran kumbahan yang masih dalam keadaan baik turut ditukar.

Beliau menegaskan bahawa tidak membantah pihak MPS menjalankan kerja pembaikan bagi pihak pemilik premis, tetapi MPS harus mengenakan bayaran yang munasabah, bukanlah memaksa pemilik premis membayar caj yang mahal dan tidak berpatutan.

Katanya, sebatang saluran kumbahan dari tingkat bawah ke tingkat 5, dikenakan caj pembaikan dan penukaran hampir 10 ribu ringgit, bagaimana ini boleh berlaku? Ini harga apa?

Walaubagaimanapun, Wong telah mengumpul aduan-aduan daripada pemilik premis berkenaan, dan akan mengemukakan surat kepada MPS supaya mengambil berat terhadap masalah tersebut, memaklumkan bayaran yang munasabah sebelum membantu pemilik premis menjalankan kerja-kerja pembaikan.

 \

No comments:

Post a Comment