Written by Admin
OLEH:
WAN SALMAH WAN DZULKIFLIE


Hari ini, Sharnaaz memuat naik pula paparan skrin
yang bertulis status Azwan di Twitter di laman bergambar popular itu. Ikuti
komen balas Sharnaaz menerusi khidmat aplikasi Whatsapp yang dikongsinya kepada
BH Online.
"Saya tak nak komen banyak mengenai hal ini.
Satu saja saya nak cakap kepadanya, mohon maaf pada bangsa sendiri sebelum ajal
datang menjemputnya.
"Tak ada apa lagi yang saya boleh katakan
kepada lelaki berpendidikan tinggi sepertinya yang sanggup memperbodohkan diri
sendiri kepada masyarakat Melayu," katanya yang kini sedang menjalani
penggambaran drama 15 episod berjudul 'Setitis Kasih Damia' di samping Nelydia
Senrose untuk slot ratu di TV9.
Sebelum ini, Sharnaaz dan Nelydia pernah meledak
dalam gandingan sulung mereka menerusi drama 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'.
Sementara itu, Azwan di laman Instagramnya memuat
naik komen yang seolah-oleh mencabar Sharnaaz termasuklah isu cintanya dulu
dengan Shila Amzah selain menegaskan beliau tidak mahu melayan artis gred
biasa.
Menurut sumber-sumber yang
boleh dipercayai Sharnaaz sebelum jatuh hati kepada Nelydia lebih awal Sharnaaz
jatuh hati kepada Shila Hamzah entah apa cerita selanjutnya.
No comments:
Post a Comment