Friday, 22 August 2014

KAMI MAHU ANAK JATI SELANGOR JADI MB SELANGOR BUKAN ORANG LUAR.... TEGAS YDP PERKASA SELANGOR ABU BAKAR

Written by Admin

OLEH: RAMASAMEY KARUNAKAREN


ANAK JATI SELANGOR....Wajar jadi MB Selangor bukan orang luar...Abu Bakar




SHAH ALAM :- Perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru ini Datuk Dr Wan Azizah  Wan Ismail khusus bagi menggantikan Datuk Khalid Ibrahim jelas  tidak disenangi oleh seluruh rakyat Selangor kerana mereka mahukan sesiapa saja yang dilantik menjadi Menteri Besar mereka mestilah anak jati Selangor bukan orang luar walaupun mereka menjadi  ADUN di Kajang.
Silap langkah dan silap hari bulan kemungkinan Sultan Selangor tidak akan memperkenankan perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru ini  jika desakan demi desakan dilakukan  mana mereka  mahukan anak jati Selangor.
Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya menegaskan bahawa Menteri Besar Selangor semolek-moleknya dari kalangan lelaki, beragama Islam dan berbangsa Melayu selain asal-usulnya adalah anak dari bumi Selangor ini.
Dalam satu kenyataan kepada FMT malam tadi beliau berkata, “dalam Islam sendiri adalah ditegaskan bahawa pemilihan pemimpin atau khalifah itu haruslah didahului oleh lelaki. Namun, Perkasa Selangor tetap akur dan menjunjung setiap keputusan Sultan Selangor sekiranya Baginda memilih menteri besar baharu jika Baginda merasakan perlu ada peralihan.”
Beliau juga meminta semua pihak untuk tidak mempertikaikan kuasa Sultan Selangor untuk melantik menteri besar dan Baginda mempunyai hak untuk memperkenankan sesiapa sahaja yang dirasakan layak.


“Justeru itu, tidak ada sesiapapun termasuk Pakatan Rakyat (PR) boleh menyatakan individu yang dipilih mereka itu secara automatik layak menjadi menteri besar hatta Wan Azizah sekalipun,” katanya.
Beliau juga berharap kepada semua untuk menghormati kedudukan serta bidang kuasa Sultan Selangor sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
“Jangan bersikap ‘lebih sudu dari kuah’ sehingga biadap dan derhaka.”
Menurutnya lagi, Perkasa Selangor sebenarnya tidak berminat untuk mencampuri percaturan serta agenda politik PR ini. Namun, sebagai sebuah NGO di negeri ini yang mana majoriti ahlinya adalah anak Selangor, mereka mahukan sebuah kerajaan negeri yang stabil serta melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat, bukannya kerajaan negeri yang bergolak selain hanya tahu berpolitik semata-mata.
“Kita melihat dari kemelut ini bagaimana PR tergesa-gesa mahu menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, seolah-olah mahu memenuhi keinginan kepimpinan PR semata-mata dan bukannya bertujuan untuk kepentingan rakyat di negeri ini.”
“Penyebab utama kemelut ini adalah percaturan politik PR yang bertegas mahukan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail segera dilantik sebagai Menteri Besar,” akhirinya.
Katanya nafsu Anwar Ibrahim terlalu besar mahukan isterinya jadi MB Selangor ini akan menghancurkan Pakatan Rakyat (PR) pada PRU 14 nanti



No comments:

Post a Comment