Wednesday 27 August 2014

KPDNKK HARUS MENYIASAT TIINDAKAN PEMBORONG UTAMA KENAKAN SYARAT MEMBELI TEPUNG JENAMA LILI

Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI &
AZMI AZMAN

SANDAKAN:-  Tindakan  beberapa  syarikat pemborong utama terutama sekali pembekal tepung gandum jenama Lili dan cap kuda yang mengenakan syarat kepada pemborong kedua dalam pembelian tepung jenama Lili telah mulai dipertikaikan oleh  beberapa  syarikat pemborong kedua dan peruncit kerana syarat ini benar-benar telah menimbulkan pelbagai masalah bukan saja kepada peruncit tetapi telah melibatkan kepada pelanggan persekitaran.

Masalah yang timbul di sini yang ingin dibentangkan untuk pengetahuan khusus pihak Kementerian Perdagangan  Dalam Negeri Kepenggunaan dan Kopersasi (KPDNKK) yang membabitkan salah satu Syarikat Chung Kwong Sdn Bhd sebagai  pemborong dan pembekal utama tepung gandung jenama Lili dan cap Kuda.

Dalam itu  mana-mana pemborong kedua kalau hendak membeli tepung jenama Lili (tepung subsidi) sekotak yang mengandungi 10 bungkus seberat 1kg setiap sebungkus  diberikan syarat mereka dimestikan membeli juga tepung cap kuda ini syarat utama yang dikenakan seharusnya ada gandingan antara tepung Lili dan tepung cap kuda.

Tetapi kalau pemborong kedua tadi hanya membeli tepung cap kuda kenapa kalau mereka beli hingga ke 100 kotakpun  tidak pula dikenakan syarat mesti ada gandingan tepung jenama Lili.

Akibat perbuatan pemborong utama  yang mengenakan syarat sedemikian  maka pemborong keduapun terpaksa mengenakan  system yang sama,  mana-mana peruncit yang hendak membeli tepung jenama Lili dimestikan ada gandingannya tepung cap kuda.

Namun sebaliknya kalau peruncit tadi hendak membeli  tepung cap kuda dikecualikan tanpa  ada gandingannya sehingglah penyakit ini menjangkit dan melarat kepada peruncit.

Mana-mana pelanggan yang membeli tepung lili sebungkus berat 1kg harga RM1.35 sen dimestikan ada gandingannya tepung cap kuda yang berharga RM2.50 sen sebungkus seberat 1kg.

Fenomena ini telah menimbulkan kontraversi bukan saja kepada pemborong kedua atau peruncit bahkan kepada  pembeli (pengguna) kerana menyusahkan kenapa kalau pelanggan membeli tepung cap kuda tanpa ada gandingannya hanya tepung jenama Lili sahaja  diwajibkan ada gandingannya.


Pelanggan rata-rata hendak tahu cerita sebenarnya adakah system dan syarat seumpama ini yang dilakukan oleh Syarikat Chung Kwong memang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi (LPDNKK ataupun memang  sengaja dibuat-buat oleh pihak pemborong utama itu sendiri.

Pihak  Free Sandakan Today.Net malam tadi setelah  menerima  banyak aduan dan rungutan daripada pelanggan mengerahkan beberapa krewnya  membuat tinjauan  ke  kebeberapa primes perniagaan yang merangkumi pusat-pusat membelibelah seperti Hamid Trading, Genting Mas dan Survey tidak pula mengenakan syarat  kepada  pelanggan kalau  mereka  hendak membeli tepung jenama Lili sebanyak manapun tanpa dikenakan adanya gandingan tepung cap kuda.

Ini jelas syarat yang dikeluarkan oleh beberapa Syarikat Pemborong seperti Syarikat Chung Kwong dan lain-lainnya memang disengajakan sebab kalau pemborong kedua dan pelangan memang mengutamakan dan fokus kepada tepung jenama Lili sebab harga murah hanya sebungkus RM1.35 sen berbanding harga tepung cap kuda RM2.50 sen

Disingkatkan cerita memang ramai pelanggan berminat membeli tepung jenama Lili terutama sekali mereka yang berniaga membuat kuih muih lantaran pihak pemborong utama kalau tidak mengenakan syarat seperti yang dijelaskan tadi ini  bakal menjejaskan stok tepung cap kuda berlambak dan ini  kurang laris dipasaran   inilah kepintaran minda pihak pemborong utama licik.

Disebabkan fenomena ini telah menyusahkan kepada peruncit dan pelanggan setempat seorang pelanggan yang sempat ditemubual mengenai kes tepung Lili yang dikenali sebagai Sulaiman Kadir  (gambar) bagi pihak seluruh pelanggan meminta kerajaan khususnya pihak KPDNKK agar dapat menemui kepada pihak pengurusan salah satunya  Syarikat Chung Kwong sebagai pemborong utama kenapa harus mengenakan syarat tersebut  kalau membeli tepung jenama Lili dimestikan ada gandingannya ini jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut tepung Lili.







No comments:

Post a Comment