Friday, 22 August 2014

NAJIB HAPUSKAN AKTA ISA RAKYAT SEMAKAN BERANI CACI AGAMA HINA BANGSA TIADA TINDAKAN......TEGAS ZAINUDDIN MAIDIN

 Written by Admin


OLEH: KAMARUL ZAMAN

PETALING JAYA:-Ekoran tindakan  kerajaan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) segelintir masyarakat di negera ini yang terdiri daripada kaum Cina, India dan Melayu sudah hormat dan sudah tidak takut lagi dengan undang-undang negara yang sedia ada dan begitu mudah mencaci menghina agama Islam bangsa Melayu hina agama kristian mencaci agama hindu mencarut bangsa cina. 

Berbanding sebelum ISA dimansuhkan rakyat berhati-hati menjaga sensitivitI  kaum kaum -lain yang ada di bumi Malaysia , namun sekarang kalau mahu cakap-cakap sajalah komen-komen yang memburukan agama dan bangsa semakin berleluasa di laman-laman sosial seperti Facebook (FB) atau blog-blogspot tanpa sekatan tanpa dikenakan  tindakan undang-undang
Menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kesilapan besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika rakyat mengharapkan beliau akan membina semula keruntuhan dasar suci negara ekoran ‘kemurahan hati’ Tun Abdullah Badawi, kata Mantan Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin
Menurutnya, Najib bukan membina diatas keruntuhan tetapi beliau menghancurkan batu bata keruntuhan menjadi serpihan yang membuka peluang kepada pihak anti nasional untuk menghina dan memperkecilkan Perlembagaan Persekutuan yang telah dimantapkan oleh ISA

“Ia suatu hal yang mengemparkan negara dan mengecewakan sebahagian besar rakyat,” katanya dalam posting blognya yang terbaru www.zamkata.blogspot.com

Jelasnya, beliau difahamkan tindakan Najib telah mengejutkan rakyat pada keseluruhannya dan telah mengecewakan Pejabat Peguam Negara serta pihak polis yang telah menasihatkan beliau supaya sekadar membuat pindaan dan bukannya menghapuskan ISA.
“Tujuan Najib berbuat demikian ialah untuk membina namanya di dunia antarabangsa tanpa menimbang perasaan berbagai peringkat rakyat dan juga berbagai pihak dalam negara.

“Beliau kelihatan tunduk menyembah kepada parti pembangkang diatas tangisan dan air mata para nasionalis negara,” katanya.
Katanya, tindakan ini sama seperti perhitungan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang turut serta dalam tunjuk perasaan Gaza menyokong Palestin di London kerana merasakan imejnya akan menjadi lebih popular berbanding turut serta dalam perarakan Gaza dalam negara.
Jelasnya, dunia antarabangsa adalah lebih penting dari pemuda-pemudi Malaysia yang menyokong dan mengangkatnya sebagai ketua pemuda. Ini adalah satu pemikiran ‘Western Oriented Gentleman’ yang tidak berpijak di akar umbi. 
“Tetapi Najib bukanlah Khairy. Saya memahami dan menyelami perasaannya sejak saya menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu. Jika tidak masakan terkeluar dari mulutnya ‘Tsunami Cina’ bila orang Cina memulaukan BN dalam pilihanraya umum lalu,” katanya.
Ujarnya lagi, tidak ada sebab untuk Najib merasa bersalah atau menganggap bahawa maruahnya akan terjejas jika beliau menarik balik kesilapannya, malah imejnya akan kembali ke ‘puncak’ dan ‘bertambah kukuh’ jika sanggup mengakui kesilapannya.
“Apapun yang dilakukan oleh Najib untuk menampakkan kesabarannya, tolak ansur, toleransi dan diplomasi tidak akan berhasil kerana manusia-manusia ini tidak akan kembali menyokong BN. Jangan mengharapkan hujan dilangit air ditempayan dituangkan,” katanya
Jelasnya, di sebalik sokongan yang terpampang di muka- muka akhbar hari ini setelah Tun Mahathir menolaknya, Najib harus mendapatkan laporan yang sah dan benar betapa hebatnya gelombang yang ditiup oleh Mahahtir.
“Kini ia telah melanda seluruh pelusuk tanah air ,kampung dan bandar,peringkat atas dan bawah, sekolah dan universiti dan berbagai institusi rakyat,” katanya.
Tambah Zainuddin lagi, mesyuarat -mesyuarat Umno bahagian yang sedang berlangsung di seluruh negara sekarang mestilah berani dan ikhlas untuk membuat keputuan menuntut supaya Najib mengembalikan ISA bagi menyelamatkan masa depannya.


“Usul itu hendaklah ditingkatkan dan dimantapkan sebagai suara padu setia berani rakyat seluruh negara dengan membawanya dan menjadikannya keputusan di Perhimpuan Agung Umno pada bulan November ini.
“Jika Amerika Syarikat sanggup menjadi neo clonialis dan diktator membunuh ribuan manusia tidak berdosa atas alasan karut dan cerita bohong maka kenapa kita takut untuk melakukan atas nama demokrasi, atas kehendak majoriti rakyat yang memilih BN,” ujarnya.


No comments:

Post a Comment