Monday, 4 August 2014

WONG DAN ROMBONGAN BUAT KUNJUNGAN RUMAH TERBUKA RAYA

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Walaupun kita sudah melangkah  ke 7 Syawal  namun bahang suasana Hari Raya Adilfitri masih lagi meriah dan ramai juga  masyarakat  Islam mengadakan majlis-majlis rumah terbuka walaupun hanya sekadar sedarhana sahaja untuk dikunjungi oleh rakan-rakan seperjuangan dan sahabat andai.

Inilah kebagusannya  di negara dan dibumi Malaysia yang bertuah ini walaupun ramai suku kaum yang berlainan agama perbezaan budaya dan  perbezaan fahaman  idologi politik namun boleh bersatu mungkin juga ini  rentetan  daripada  system perkongsian kuasa dalam pembentukkan pentadbiran kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan.

Program  rumah terbuka seperti Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Pesta Menuai, Hari Gawai dan juga Hari Raya yang sudah menjadi trend dan satu budaya yang telah diamalkan sekian lama di negara ini mungkin tidak terdapat di mana-mana negara luar hanya di Malaysia saja.
  

Kunjung mengunjungi dimajlis rumah-rumah terbuka  contohnya seperti hari raya ia  jelas memperlihatkan penyatuan kaum dan bangsa tidak mengenal siapa mereka untuk mewujudkan perpaduan, siratulrahim dan keharmonian antara satu sama lain bersua muka bersalam-salaman seraya  mengucapkan selamat hari raya dengan mohon maaf zahir dan batin.

Kelmarin Ahli Parlimen kawasan Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt bersama  rombongannya telah bertandang (mengunjungi) majlis rumah terbuka salah sebuah rumah puan Siti.

Dalam kunjungan tersebut Wong telah diberikan kesempatan untuk memberikan ucapan sepatah dua kata dengan kata-kata nasihat kepada para pengundi di daerah Sandaan.

Beliau menyedari bahawa Hari Raya pada tahun ini agak dingin sedikit walaupun  ramai yang menyambut raya hanya sedarhana mungkin disebabkan faktor  kegawatan ekonomi yang kurang baik tambahan lagi harga barangan keperluan terlalu tinggi jadi mereka berbelanja penuh berhemah.

Kedatangan Wong dan rombongan disambut dengan hati yang gembira oleh tuan rumah ini jelas Wong sebagai Ahli Parlimen Sandakan benar-benar berjiwa rakyat dan tidak lupa kepada pengundi-pengundinya.

“Ciri-ciri kepimpinan  semacam inilah yang kita mahu walaupun pemimpin daripada pihak pembangkang namun masih berupaya membuat lawatan bagi  menemui para pengundinya terutama sekali dimusim-musim perayaan seumpama ini untuk menjalinkan kemesraan antara satu sama yang lain” ujar Siti.

Dalam pada itu Wong dan rombongannya tidak  juga ketinggalan  membuat kunjungan raya di kediaman Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Haji Mohd Hamsan Hj Awang Supain


Bermula dari  1 Syawal sehingga ke 7 syawal banyak juga rumah rakan-rakan seperjuangan  yang telah diziarahi oleh MP Sandakan bersama rombongannya.








No comments:

Post a Comment