Friday 15 August 2014

DISEBABKAN SUDAH TERMAKAN BUDI KIKI MENYERTAI PERKASA

Written by Admin

OLEH: KAMARUAL ZAMAN




KUALA LUMPUR:-  Mungkin disebabkan sudah termakan budi  dengan pihak PERKASA semasa Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin @ Kiki    didenda Mahkamah sebanyak RM5,000.00 atas kesalahan mengherdik warga emas bangsa cina  dan pihak PERKASA telah berusaha bertungkuslumus  membantu mengadakan kupitan derma  untuk membayar denda tersebut. 
Sebagai membalas budi PERKASA lantaran Kiki telah menyertai  NGO itu sebagai ahli dan kemasukannya telah  sahkan  sendiri oleh  Yang DiPertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Selangor  Abu Bakar Yahya.
Menurutnya, Kiki telah mengisi borang dan mendaftar serta turut membeli baju Perkasa.
“Semalam, beliau hadir di ibu pejabat Perkasa Selangor, untuk mengambil sijil dan juga kad keahlian Perkasa,” katanya ketika dihubungi oleh FST malam tadi.
Jelas Abu Bakar lagi, sesiapa sahaja layak untuk menyertai Perkasa.
“Asalkan mereka Pribumi, kita akan terima. Bahkan, saya turut terkejut kerana mendapati Kiki telah menghantar borang keahlian Perkasa,” katanya.
Selain, itu, Abu Bakar turut menjelaskan mengenai tabung derma yang diwujudkan bagi membantu Kiki.
“Tabung itu, kita akan serahkan kepada Kiki pada masa dan waktu yang sesuai,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain Abu Bakar juga turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menyelesaikan kes seorang tukang batu nisan yang menandatangani buku saman trafik dengan perkataan lucah dua bulan lepas.
Tukang batu nisan itu dijatuhi hukuman penjara seminggu dan denda RM5,000 atau penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret pada Khamis selepas mengaku bersalah.
Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, anggota polis trafik itu menahan Lim di hadapan kafe berkenaan kerana melanggar isyarat lampu merah. Polis trafik itu kemudiannya mengeluarkan saman kepada Lim dan menyerahkan buku saman untuk Lim menandatanganinya, dan mendapati ruang tandatangan itu diitulis dengan perkataan lucah.


No comments:

Post a Comment