Thursday 28 August 2014

PERSATUAN SILAT GERAK KILAT DIJEMPUT UNTUK BUAT PERSEMBAHAN SILAT PADA 9-09-2014 DI PADANG

Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Sempena Sandakan Festival 2014  ini  Persatuan Silat Gerak Kilat  Saandakan (PSGKS) akan mengambil bahagian untuk membuat pertunjukan persembahan silat  Jurus  Kasuma dan Gerak 21 di pandang bandaran Sandakan pada  20 September ini.

Datu Jafardin Datu Banggalah Pengerusi persatuan tersebut memberitahu kepada Free Sandkan Today.Net petang tadi seramai 25 orang ahli seni Sila tersebut akan mempersembahkan silat tersebut atas undangan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  yang merupakan jawatankuasa pelaksana sambutan Sandakan Festival 2014 ini.

Kata Jafardin PSGKS telah ditubuhkan di daerah ini sudah berusia  10 tahun bermula pada tahun 2003 lagi dan banyak membuat persembahan dimajlis-majlis rasmi diperingkat sekolah-sekolah dan pernah  menyandang Johan Pertandingan silat peringkat negeri Sabah pada tahun ini.l


“Saya bagi pihak persatuan PSGKS mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MPS kerana telah menjemput persatuan ini untuk mengambil bahagian dalam pertunjukkan silat sempena sambutan Sandakan Festival 2014 di padang nanti dan kami akan mempersembahkan yang terbaik” ujarnya.

3 comments:

  1. Assalamualaikum di mana lokasi pertubuhan gerak kilat di sandakan?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum di mana lokasi pertubuhan gerak kilat di sandakan?

    ReplyDelete
  3. Says Salah satu pesilat seni silat gerak kilat Sandakan Dari smk Batu sapi...Salam doa n Salam rindu pada pesilat pada tahun 2000 hingga ke 2003...Dan juga pada Suma pesilat seni silat gerak kilat(SSGK)Salam doa Dan sihat selalu...Dari saya jakkariya Abdul karim...

    ReplyDelete