Thursday, 21 August 2014

JIKA AKTIVITI PEMOTONGAN BUKIT DITERUSKAN PEMILIK TANAH BAKAL BERDEPAN DENGAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG....TEGAS OSMAN JAMAL

Written by Admin

OLEH: CHARLES P ANDIAN
 
KOTA KINABALU:- Ada dua pilihan terhadap 12 pemilik   tanah bergeran CL yang mungkin akan berdepan dengan tindakan undang-undang jika mereka  meneruskan aktiviti memotong bukit.
Lantaran Jabatan Tanah dan Ukur telah menasihatkan 12 pemilik tanah Country Lease (CL) di Kg Togudon di Penampang, yang sedang melakukan aktiviti pemotongan bukit di sana, untuk menghentikan aktiviti tersebut atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Pengarahnya Osman Jamal berkata siasatan dijalankan oleh jabatan itu berikutan aduan yang diterima dan mereka mendapati bahawa pemilik berkenaan tidak mempunyai kelulusan untuk menjalankan pemotongan bukit.
Beliau berkata sekiranya pemilik tanah gagal mematuhi arahan menghentikan kerja, tindakan akan diambil di bawah Ordinan Tanah Negeri.
Mengenai projek kuari di Kg Notoruss di Babagon, beliau berkata pihak berkuasa sebenarnya telah memberikan kelulusan untuk projek tersebut kepada sebuah syarikat swasta yang akan dijalankan di tanah tersebut (melibatkan enam Geran Anak Negeri dan dua tanah CL) pada 18 Jan 2010.
“Kelulusan itu diberikan untuk projek tersebut beroperasi selama lima tahun bermula 1 Jan, 2010, hingga 31 Disember 2014,” katanya, sambil menambah bahawa lesen kuari telah dikeluarkan pada 8 Feb 2010.


“Penilaian kesan alam sekitar (EIA) projek kuari tersebut juga telah diluluskan oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Negeri pada 5 Mac, 2009,” katanya.
Berdasarkan semua ini, beliau berkata, jabatan itu mendapati tiada sebab untuk menghentikan projek terbabit.
Walaubagaimanapun, tiada sebarang aktiviti kuari dijalankan di tapak tersebut melainkan aktiviti pembersihan tanah. Ini berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan oleh Pejabat Tanah dan Ukur Penampang di tapak tersebut pada 17 Ogos.
Mengenai aktiviti pemotongan bukit yang dilaporkan di Kampung Kibabaig di Penampang, kata Osman, pemeriksaan yang dijalankan di tapak itu pada Selasa lalu mendapati bahawa aktiviti itu telah dihentikan.
Beliau berkata rekod jabatan menunjukkan bahawa pemilik tanah tidak pernah memohon kelulusan untuk menjalankan aktiviti pemotongan bukit.
Aktiviti pemotongan bukit sebelum ini mengancam keselamatan penduduk terutamanya semasa hari hujan apabila lumpur mencurah turun dan yang paling terjejas adalah kawasan tanah di mana terletaknya Pusat SPCA (Society for Prevention of Cruelty to Animals).
Jabatan berkenaan tampil memberi jawapan kepada beberapa aduan mengenai isu tanah dan projek kemersil di Sabah yang bakal dilancarkan tidak lama lagi tanpa menghirau undang-undang dan risiko masyarakat yang penting dapat untung banyak

:Kami tidak takut dengan undang-undang kami  akan teruskan juga aktiviti memotong tanah itu tanah kami siapa berani melarang kami, kami  akan dakwa juga mana-mana Jabatan kerajaan yang mahu camportangan urusan kami" kata pemilik tanah tersebut kepada media


1 comment:

  1. nampaknya sekarang rakyat tidak takut dengan undang2 malahan mahu meneyaman kerajaan sekiranya camportangan

    ReplyDelete