Monday, 11 August 2014

SULTAN SELANGUR TEGUR JAIS DAN MAIS JANGAN CAMPUR ADUKAN HAL-HAL AGAMA DENGAN POLITIK

Written by Admin

OLEH: KAMARUL AZMAN

SHAH ALAM:- Jangan campur adukan agama dan politik   titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah  yang mengingatkan semua warga kerja Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) agar mengelakkan diri daripada terlibat dalam agenda politik mana-mana parti.
Hal ini kerana baginda mahu MAIS dan JAIS kekal sebagai institusi yang berkecuali dan menumpukan fungsinya dalam memartabatkan agama Islam di Selangor.
“Pada masa sekarang, terdapat segelintir ahli politik yang mahu mengambil kesempatan untuk mempergunakan isu berkaitan agama Islam dan mempersoalkan tindakan MAIS dan JAIS sebagai agenda politik mereka,” titah baginda sewaktu Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai dan Kakitangan JAIS di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.
Dalam pada masa yang sama, baginda turut menitahkan agar setiap pegawai dan kakitangan hendaklah mematuhi segala arahan yang disampaikan oleh pegawai atasan.
“Jika ada sebarang kemusykilan, keraguan atau bantahan hendaklah disuarakan dengan cara berhemah seperti perbincangan atau musyawarah.


“Beta tidak mahu ada pegawai dan kakitangan JAIS dan MIAS  yang bertindak bersendirian secara membuta tuli tanpa merujuk kepada pihak atasannya, kerana ia akan memburukkan imej institusi agama Islam di mata masyarakat,” titah baginda.
Bukan itu sahaja, baginda turut menitahkan supaya pihak JAIS bertindak dalam lingkungan tugas yang melibatkan kesalahan terhadap isu-isu agama Islam sahaja tanpa menggangu tugas dan bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan seperti penguatkuasaan terhadap rumah-rumah urut dan sebagainya.
“Ini bagi menggelakkan tohmahan terhadap JAIS yang mengambil tindakan bukan di dalam bidang kuasa mereka dan lebih menumpukan kepada perkara-perkara yang remeh sedangkan isu-isu yang lebih besar tidak diberikan keutamaan.
“JAIS harus memberikan tumpuan terhadap kes-kes yang lebih berat seperti kes-kes yang melibatkan ajaran agama sesat, isu murtad, isu berkaitan ceramah politik di masjid dan surau yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam dan boleh merosakkan akidah serta menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam,” titahnya lagi.
Bahkan, sewaktu pihak JAIS melakukan tugasan, baginda menasihatkan supaya berhati-hati, berhemah, adil serta mengikut prosedur dan undang-undang yang telah ditetapkan.
“Pihak JAIS mestilah mempunyai satu standard operating procedure (SOP) yang telah ditetapkan.
“JAIS juga perlu mengelak dari bertindak secara kasar serta keterlaluan dan mengenepikan hak seseorang individu di bawah undang-undang,” titahnya.
Baginda turut menyeru agar sebelum melaksanakan sesuatu penguatkuasaan, baginda menyarankan agar persiapan rapi perlu dilakukan.
“Persiapan rapi tersebut adalah pihak JAIS perlu membawa bersama-sama peralatan yang lengkap untuk siasatan dan serbuan seperti kamera, video kamera, buku diari, peralatan-peralatan lain dan saksi-saksi yang boleh dipercayai.
“JAIS juga perlu bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia, RELA, dan agensi-agensi kerajaan yang lain bagi melicinkan sesuatu operasi.
Katanya terdapat segelintir ahli politik yang mahu mengambil kesempatan untuk mempergunakan isu berkataian agama Islam dan mempersoalkan tindakan JAIS dan MAIS sebagai agenda untuk kepentingan poliik mereka begitu juga dengan beberapa  NGO seperti PERKASA,ESMA dan PERMAS jangan suka mencampuri hal-hal yang berkaitan agama  dan suka menghina mana-mana  Agama lain menghina bangsa lain yang ada di muka bumi Malaysia 



No comments:

Post a Comment