Sunday, 10 August 2014

JAIS DAN MAIS RAMPASAN BIBLE GUNA BAHASA MELAYU MENDAPAT KUTUKAN......TEGAS ADUN IJOK IDRIS AHMAD

Written by Admin

OLEH: SANUSI SAMSUL


SHAH ALAM:- Ramai masyarakat daripada pelbagai suku kaum dan berlainan agama telah menyokong dan menyambut baik saranan dan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok Dri Idris Ahmad  mengenai isu rampasan Bible  dalam terjemahan Bahasa Melayu.

Katanya Jabatan Agama Islam Selangor perlu yakin dengan umat Islam di negara ini tidak terpengaruh dengan Kristian hanya kerana ada Bible berbahasa Melayu.

ADUN  Ijok Dr Idris Ahmad (gambar)   berkata demikian  kepada media  di sini malam tadi  jelas kebimbangan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung Bible yang diterbitkan dalam bahasa Melayu jelas menunjukkan lemahnya keyakinan mereka terhadap Islam
 
Dr Idris berkata, jika Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memainkan peranan mereka secara berkesan, tiada apa yang perlu dibimbangkan dengan penerbitan Bible dalam bahasa Melayu.
“Jais tidak yakin dengan Islam? Kalau umat Islam yakin, apa hendak kisah Al-Kitab bahasa Melayu atau bahasa lain.
"Siapa yang salah? Mereka tidak beri keyakinan kepada orang Melayu. Kenapa mereka tidak cermin diri sendiri mengapa orang Melayu tidak yakin dengan Islam?" katanya ketika ditemui  Free Sandakan Today.com

PERKASA.....Bakar Bible dan Bakar Patung Padri satu perbuatan bukan menghina agama Kristian bahkan menghina agalam Islam sendiri ini  bukan ajaran Islam untuk membinasakan agama lain.
Mais pada Jun lalu tidak bersetuju dengan keputusan peguam negara untuk tidak mendakwa Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) dalam isu rampasan 320 bible bahasa Melayu dan Iban di Petaling Jaya, Januari lalu.
Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata mesyuarat khas majlis itu menganggap masih ada ruang dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 bagi membolehkan pendakwaan dilakukan terhadap PBM.
"Keputusan peguam negara untuk tidak mendakwa mereka yang terlibat akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam," kata Mais dalam satu kenyataan.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebelum itu berkata Jais tersalah langkah dalam rampasan kitab Bible bahasa Melayu dan Iban di pejabat PBM serta mengarahkan kes tersebut ditutup.
Bagaimanapun, Adzib berkata timbalan pendakwa raya Selangor perlu merujuk kepada mahkamah bagi mendapatkan perintah pelupusan barang rampasan tersebut seperti diperuntukkan oleh Seksyen 407A Kanun Acara Jenayah.
Idris berkata, pendedahan umat Islam kepada Kristian tidak akan menjadikan mereka terpengaruh kepada agama itu selagi mereka mempunyai pegangan yang kuat.
Katanya, latar belakang pendidikannya yang menuntut di sekolah mubaligh tidak sekali-kali menjadikan dirinya terpengaruh dengan pegangan agama minoriti Malaysia itu.
"Saya sekolah di St John, sekolah Katolik dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Dulu sekolah Katolik, depan belakang semua lambing salib. Sebelum mula kelas mereka baca doa.
"Saya pernah pergi gereja untuk faham apa itu Katolik. Bukan saya hendak masuk Kristian. Saya juga belajar di Australia.
"Adakah saya jadi Kristian? Tidak juga. Sebab apa? Kerana keyakinan," katanya.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan itu turut menyelar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana sering menakut-nakutkan orang Melayu.
Katanya, Perkasa seharusnya membangunkan pemikiran orang Melayu dan tidak memberikan gambaran yang salah kepada mereka.
"Perkasa laungkan ketuanan Melayu, kita sudah jadi tuan sejak merdeka. Apa yang mereka laungkan begitu? Mereka laungkan hanya untuk menakutkan orang Melayu dengan mendakwa Cina akan ambil alih.
"Mereka tidak yakin dengan ketuanan Melayu? Mereka sepatutnya membela Melayu daripada segi mengangkat martabat bangsa dalam persaingan, ilmu dan keyakinan. Bukan menakut-nakutkan," katanya.
“Contoh seperti PERKASA  membakar bible membakar patung Padri Gereja ini merupakan  satu perbuatan menghina agama orang lain ini bukan ajaran Islam sehingga tergamak PERKASA menyuruh para pengikutnya membakar semua gereja yang ada di negara ini apa faedahnya banyak membawa keburukan daripada kebaikannya”Idris lagi.
“Kita tahu PERKASA,ESMA DAN PERMAS ketiga NGO ini bukan saja setakat anti agama Kristian tetapi mereka benar-benar anti bangsa cina dan India kalau boleh dua bangsa ini mereka suruh kerajaan  halau saja keluar dari Malaysia inilah yang terkandungan dalam agenda dan manifesto PERKASA,ESMA  dan PERMAS.
“Soal orang cina marah orang India marah bagi ketiga NGO ini mereka kata peduli apa kalau mereka tak sokong BN labih bagus lagi UMNO sendiripun boleh memerintah  tanpa adanya komponen BN di negara ini” tegasnya.

Katanya lagi hura-hura kerajaan akan menutup tiga  buah syarikat  perancais terbesar  iaitu Mac Donald, KFC dan PizzaHut  di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak atas desakan  orang segelintir masyarakat Islam di negara ini yang telah memboikot barangan keluaran Israel  ini uga bakal mengundang  kecelakaan  kepada ekonomi negara Malaysia.
"Saya juga merasal kesal dan sedih orang-orang Melayu yang bekerja di kedai KCF, Mac Donald dan PizzaHut telah dicap sebagai pekerja Israel dan ramai telah meminggirkan mereka .
Kata mereka orang-orang Islam yang bekerja di KFC,PizzaHut dan McD  telah dicap sebagai kafir kenapa harus bekerja di KFC, PizzahHut dan McD tiada lain syarikat kah tempat cari makan selain bekerja syarikat tajaan Israel.
Pendapat beberapa orang Islam di negara ini lebih baik bekerja sebagai pelacur daripada bekerja di syarikat milik Israel seperti KFC,McD dan PizzaHut 

No comments:

Post a Comment