Friday 10 March 2017

FST WONG KATA WANG PENCEN BEKAS PEKERJA LEMBAGA PELABUHAN SABAH AKAN DISERAHKAN KEPADA SERAMA 164 ORANG


OLEH SHAIMON S JUMADI-FST
Jumaat Mac 10/2017


KOTA KINABALU: Datuk Johari berjanji bahawa pencen  yang telah ditahan berpuluh-puluh tahun  akan diberikan mantan pekerja Lembaga Lembaga Pelabugan Sabah dan pencen tersebut akan di serahkan kepada Lembaga Pelabugan Sabah dalam tempoh  seminggu untuk diagih-agihkan

Ahli Parlimen Sandakan (DAP)  Stephen Wong Tien Fatt dalam sesi pertemuan dengan Johari   Kewangan II  mendapat respon mengenai isi Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) yang menghutangi seramai 164 orang  mantam pekerja Lembaga Pelabuhan Sabah  yang berjumlah  RM5.8 juta
menteri.

Walaubagaimanapun, Wong akan terus menyusul perkembangan proses berkenaan, dan berharap pihak berkenaan dapat memulangkan pencen kepada bekas pekerja Lembaga Pelabuhan Sabah, supaya mereka dapat menikmati kehidupan selepas bersara dengan senang hati.

Wong telah mengemukakan isu ini di persidangan Parlimen pada tahun 2015, dan meminta kerajaan mengatasi masalah tersebut dengan segera. Setelah bertahun-tahun menyusuli perkembangan tersebut dan juga mengadakan perrbincangan di Putrajaya, isu tersebut kini mendapat perkembangan yang memberangsangkan.

Isu ini bermula pada awal zaman penubuhan negara, bekas pekerja Lembaga Pelabuhan Sabah tidak mendapat dividen KWSP selepas bersara, pihak berkenaan hanya memberikan pampasan dan pencen bulanan kepada mereka, ini kerana pada tahun 1960-an, sistem KWSP yang kita kenali masih belum diperkenalkan, oleh itu pakej pencen yang mereka beli adalah dibekalkan oleh Syarikat Insurans Great Eastern, sah bermula pada 1 Julai 1969 sehingga 1 Mac 1981.

Di bawah undang-undang berkenaan, pencen tersebut sepatutnya dipulangkan kepada KWSP, supaya pesara-pesara yang terlibat memperoleh pencen mengikut skim pencen KWSP, tetapi akibat salah transaksi, wang berkenaan dipindah kepada KWAP, bukan KWSP, lalu pelbagai masalah turut timbul.

Kini wang berkenaan masih ditahan, dan bekas pekerja Lembaga Pelabuhan Sabah masih menunggu pencen mereka, banyak di antara mereka telah meninggal dunia dan belum mendapat pencen tersebut. Kumpulan bekas pekerja ini telah berkali-kali cuba untuk mendapatkan wang mereka kembali, tetapi ditolak oleh pihak berkenaan.

Oleh yang demikian, Pengerusi DAP Sabah YB Stephen Wong membantu dan menyusul perkembangan isu tersebut, supaya pencen mereka dipulangkan, dan berharap masalah ini dapat diselesaikan dalam tempoh perjawatan beliau.


No comments:

Post a Comment