Monday, 16 June 2014

MANA SUDAH KONTRAKTOR YANG DILANTIK MPS KENAPA TAK BUAT KERJA APA DAH CERITA TAMAN MERPATI



Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO: CHANG TIEN LOY


SUNGEI SIBUGA:- Sistem saliran perparitan seluruh taman perumahanan antarannya  Taman Merpati  dan Taman Raja Wali yang tidak terurus menimbulkan keresahan  dan  kebimbangan di kalangan penduduk-penduduk di dua kawasan berkenaan.

Wartawan Kanan Portal Online Free Sandakan Today yang sempat merakamkan gambar sebaik saja menerima beberapa aduan daripada beberapa penduduk dikedua kawasan tersebut memdapati seluruh saliran parit yang terletak di hadapan rumah-rumah mereka dalam keadaan semak samun dengan tumbuhan liar dan sebahagian parit airnya bertakong akibat tersumbat oleh sampah sarap.


SEMAK DAN TERSUMBAT....Nama sudak kontraktor yang telah dilantik oleh MPS kenapa tak bersihkan saliran parit.

Salah seorang penduduk yang hanya dikenali  Mamat memberitahu sudah dua tahun saliran parit termasuk rumput-rumpai yang panjang tidak pernah dipotong sedangkan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah melantik  sebuah syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kerja-kerja menyenggelaraan  tapi gagal.


Kata mereka kalau syarikat yang telah diberikan  kontrak bagi membersihkan kawasan perumahan  itu  gagal dicadangkan tamatkan saja kontraknya dan bagi kepada syarikat lain yang berminat dan lebih effesian.

“Disebabkan keadaan sekeliling rumah  yang semak sering kali kelihatan ular hitam atau ular senduk  lalu dan ini akan membahayakan bukan saja kepada kanak-kanak yang suka bermain-main kawasan berhampiran bahkan juga kepada penduduk terbabit.” Ujar mereka.

Mamat berkata buat masa ini tidak ada  orang yang  mahu bertanggungjawab menjaga kebersihan dipersekitaran di kedua-dua kawasan yang dimaksudkan itu diminta pihak MPS ambil alih tugas-tugas penyenggelaraan bagi membersihkan saliran parit dan juga memotong rumput demi keselamatan orang ramai khususnya penduduk setempat.



Mamat menambah ekoran air parit tersebut bertakong adalah menyebab utama pembiayakkan nyamuk eades dan ini bakal membunuh penduduk terkena demam denggie.


TUNGGU ADA PENDUDUK MATI....kena patuk ular dan diserang demam denggie bau pihak yang berkenaan kelam kabut ambil tindakan sekarang jangan dulu belum ada orang mampuspun  biarkan saja






“Setelah tersiarnya berita ini diportal FST kemudian tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak MPS kami tiada pilihan lain melaikan memanggil TV3 untuk melaporkan perkara ini kepada umum biar satu Malaysia tahu  bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) langsung tidak bertanggungjawab menjaga kebajikan penduduk ini satu bonus kepada kerajaan: iujarnya.

No comments:

Post a Comment