Thursday, 12 June 2014

DIAM SALAH-SAMANPUN SALAH SEMUANYA SERBA SALAH

 1 0 0 13

By Admin

  Thursday  June 12, 2014
Sama ada atas kapasiti individu, yang mana haknya telah dicabuli atau atas kapasiti Perdana Menteri, bagi mereka Najib Razak tetap salah.
Najib Razak









PUTRAJAYA:- Bila memilih untuk berdiam diri dipanggil penakut, bila mula bertindak dipanggil menindas pula. Waktu berbicara macam guruh di langit lagaknya, Najib itu, Najib ini, sekarang individu yang bernama Najib Razak sudah ‘menjawab’ cabaran Malaysiakini.
Tidak perlu menggelupur seperti cacing kepanasan, saat inilah nak buktikan kental atau tidak semangat lawan tetap lawan yang selalu dilaungkan. Bila dah berani buat, beranilah menanggung akibatnya.
Sebagai Perdana Menteri, tindakan memfailkan saman terhadap portal Malaysiakini adalah salah, meskipun artikel tersebut mempunyai unsur-unsur fitnah. Biarpun tindakan tersebut diambil atas kapasiti peribadi. Mengapa ia salah?
Kerana tindakan Najib itu menidakkan kebebasan bersuara di Malaysia. Najib seolah-olah cuba mengekang Malaysiakini dari menyampaikan ‘berita’ kepada umum. Kerana itu, ia tindakan yang salah.
Namun, jika individu yang mengambil tindakan saman adalah Anwar Ibrahim atau pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, maka ianya betul. Kerana apa? Kerana, artikel seperti yang ditulis oleh Papagomo mempunyai unsur-unsur fitnah serta mampu menjejaskan nama baik dan imej Anwar Ibrahim sebagai kepala pembangkang di Malaysia.
Dengan yang demikian, ianya adalah tindakan wajar dan tepat. Lagi pula, lumrah politik di Malaysia, pembangkang sering sahaja dijadikan ‘mangsa’ kepada ‘ketidak adilan’ serta dilabel sebagai pencerna pada banyak kesongsangan dalam masyarakat.
Jadi, biar berjuta pun penulisan menghina atau memfitnah atau apa jua mengenai Najib, dia tidak punya hak untuk memberi respons yang sama seperti pemimpin pakatan pembangkang. Kerana dia Perdana Menteri dan di mata ‘penegak hak asasi manusia’ seperti Christopher Leong, Najib salah. Sama ada atas kapasiti individu, yang mana haknya telah dicabuli atau atas kapasiti Perdana Menteri, Najib Razak tetap salah.
Ia adalah satu ketidakadilan terhadap Malaysiakini. Jika yang disaman adalah Utusan Malaysia atau portal pro-kerajaan, maka itu baru adil. Mungkin has asasi manusia hanya boleh digunakan oleh sesiapa saja asal bukan dari UMNO/BN. Mungkin tindakan saman ini hanya hak eksklusif milik pembangkang.
Jika peraturan seperti inilah yang akan diterapkan sekiranya pembangkang memegang kerajaan satu hari nanti, maka kita sudah dapat meneka bagaimana corak pentadbirannya. Keadilan dan kesaksamaan, jangan mimpilah.

Kalau rasa para pemimpin UMNO/BN parti-parti pembangkang  di negara ini menyusahkan rakyat menyusah kerajaan menyusahkan negara saya cabar semua pemimpin UMNO tolong syorkan kepada pihak ROS batalkan permit atau sijil pendaftaran  semua parti-parti  pembangkang yang ada di negara ini bubar atau tutup biarlah UMNO dan BN buat apa saja nak rasuah kah nak bolot aset kerajaan tiada seseiapa yang bising atau marah sebab sudah tiada parti pembangkang untuk soal jawab di sesi dewan bersidang di parlimen atau di DUN.
 
Dan juga tutup Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tiada gunanya badan ini dibentuk sebab kalau mereka tangkap orang-rang BN yang melakukan rasuah ramai pegawai SPRM jadi mangsa buang kerja. fmt

No comments:

Post a Comment