Monday, 16 June 2014

TARIAN SENI BUDAYA BAJAU HARUS DIWARISI GENERASI MUDA AGAR TIDAK PUPUS DITELAN ZAMAN...TEGAS NORAINI



Written by Admin
Sunday June 15.2014

TEKS DAN GAMBAR
SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Apa sahaja pekerjaan yang dilakukan tanpanya ada kerjasama yang intim sudah pastinya ia tidak membawa sebarang kejayaan, maka dengan itu perlunya ada gandingan yang jitu untuk menjayakan sesuatu program yang bakal dilaksanakan.

Saya amat bersyukur kerana adanya kerjasama  daripada rakan-rakan seperjuangan lantas pertandingan tarian daling-daling yang diadakan pada hari ini berjalan dengan lancar dengan jayanya.

Noraini Sulong Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Tarian Daling-Daling  berkata demikian semasa memberikan ucapannya pada   program Persembahan Budaya Etnik dan Pertandingan Daling-Daling  anjuran Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Bajau Sama Sandakan sempena sambutan Sandakan Festival 2014  di Dewan Masyarakat Sandakan kelmarin.

“Saya juga berterima kasih kepada Pengerusi Persatuan  Kebudayaan Kebajikan Bajau Sama Sandakan Datuk Hj Alipudin Hj Puyon kerana memberikan kepercayaan melantik saya sebagai pengerusi pelaksana program ini” katanya.

“Jawatan yang saya sandang ini bukannya enteng kerana ini merupakan satu  tanggungjawab  dan amanah walaupun  berat terpaksa saya pikul untuk menjayakan program ini tetapi seperti yang saya jelaskan diawal-awal tadi tanpa adanya gandingan mantap dan kerjasama yang intim daripada semua piha khususnya AJK persatuan ini  sudah tentu program ini tidak berjaya”  ujarnya.


Kita jangan lupa “kata Noraini lagi, sebagai keturunan Bajau harus memainkan penting kearah  mempertabatkan dan merealisasikan tarian bajau  dipersada seni budaya tanah air  seiring dengan tarian tarian etnik lainnya  yang ada di negeri ini  juga agar tidak pupus ditelan zaman terutama sekali golongan generasi muda agar meneruskan dan menghidupkan tarian bajau ini  sebagai  wadah dan warisan bangsa Bajau yang boleh dibanggakan.

Noraini berkata tujuan persatuan ini menganjur pertandingan  tarian seni budaya Bajau ini ia juga membantu kepada kerajaan khusus Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Sabah  bagi memprosimikan seni budaya Bajau di mana dunia luar terutama sekali di mata para pelancong asing yang datang ke negeri Sabah.


No comments:

Post a Comment