Monday, 2 June 2014

RAKYAT SABAH PUNYA 32 EKNIK PERBEZAAN BUDAYA DAN AGAMA MASIH BOLEH BERSATU



Written by Admin
Monday June 02. 2014.


SOROTAN DARI HATI KE HATI (FST)
SHAIMON S JUMADI

DARI segi pergalauan  di kalangan rakyat majmuk yang terdapat di Negeri Sabah dan di Semenanjung memang  jauh berbeza.

Di negeri Sabah walaupun mempunyai 32 etnik (suku kaum) yang mempunyai  perbezaan anutan kepercayaan agama masing-masing jelas memperlihatan wujudnya hubungan siratulrahim antara satu sama lain terus terjalin.

BUKTI...Betapa mesranya orang Melayu dan Cina boleh duduk bersama makan dan minum inilah bagusnya orang Sabah tahu erti perpaduan

Orang Sabah boleh makan minum semeja dengan bangsa-bangsa lain seperti masyarakat cina, Kadazan, Dusun dan kaum bumiputera Islam dan  bukan Islam.

Biarlah saya  huraikan sedikit sebanyak apa yang telah berlaku, sebagai contoh terdekat apabila musim-musim perayaan sama ada perayaan hari Raya Aidilfitri, Krismas, Tahun baru Cina, Deepavali dan Pesta Kaamatan masyarakat Sabah yang terdiri daripada berbilang kaum terus kunjung mengunjungi kerumah rakan-rakan sejawat atau seperjuangan walaupun mereka bukan yang bergelar Yang Berhormat.

UNIK BOLEH MESRA...Gambar ini dirakam semasa saya mengikuti rombongan lawatan kerja yang di Ketuai manta MP Sandakan Datuk VK Liew   kami berada di restoran Genting Haigh Land pada Hujung Disember 2012 menjadi tandanya kenapa orang Melayu boleh duduk semeja makan dan minum dengan kaum cina

Keunikannya lagi  ramai masyarakat Islam masuk ke restoran-restoran dan gerai-garai di pasar umum  makan minum masakan cina (Chinese Manu) yang meletak notis (Serve No Pork) tidak menjadi masalah ini sudah sebati dengan orang Sabah.



BUKTI ORANG SABAH......Orang Melayu (Pengarang Free Saandakan Today) (SSJ)  dengan Orang Cina boleh duduk semeja minum di Semenanjung tidak terdapat gaya hidup macam ini.....Sabah Boleh.
Ramai juga masyarakat Islam makan dan minum di restoran-restoran cina seperti di Ocean King, Restoran Kenalanmu, restoran Hing Loong, restoran Ming (Sabah Hotel) restoran 88 Sim-Sim Rumah Murah Jambatan 8 Restoran Dragon (Trig Hill) dan kedai  Kopi Thiam.

Di Semenanjung apabila saya pergi ke sebuah restoran cina barisan Jalan Lorong Hj Taib dan Lorong Jalan Pudu  sebelum saya sempat  duduk pelayan bagi tahu makanan di kedai ini tidak ada menjual khinzir (babi) semuanya ala makanan laut seperti fish ball, fish cake wantan ikan itu saja.

Belumpun  sempat saya menyuap makanan yang baru dihidang itu kemudian datang pula dua orang lelaki meluruh masuk kerestoran terus menghampir saya seraya menempelak (menempalak) kamu orang Melayu kenapa kamu masuk kedai Cina ini salah di sisi undang-udang Islam  dengan bahasa yang cukup biadap saya bangun saya tunjukkan mykad saya dan Press Card. Encik saya ini orang Sabah kalau kami di Sabah tak ada masalah masuk makan dan minum dikedai cina lagipun pelayan tu dah bagi tahu mereka tidak menjual babi” apa mereka menjawab maafkan kami encik.

Kalau masyarakat Melayu di  Semenanjung boleh mencontohi prilaku seperti orang Sabah boleh bergaul dengan kaum cina, india, dan Kadazan yang bukan seagama sudah pastinya tidak berlakunya timbul berpuak-puak atau racist seperti Presiden PERKASA yang anti Cina dan anti India juga anti Kristian.

Mungkin di Sabah kenapa masyarakatnya  boleh bersatu dengan kaum-kaum lain dan perbezaan anutan kepercayaan agama mungkin berpunca daripada kahwin campuran dan faktor lainnya seperti dalam masyarakat Kadazan, Dusun,Murut dan Cina mereka ada juga yang beragama Islam jadi keluarga  mereka faham tentang adat resam dan  budaya masing-masing maka tidak hairanlah kenapa orang Sabah boleh bersatu dengan kaum-kaum seperti yang saya sebutkan itu kalau begitu 1Malaysia negeri Sabah telah mendahului Semenanjung .

No comments:

Post a Comment