Saturday 28 June 2014

AZMIN ALI BAKAL MENTERI BESAR SELANGOR JIKA KHALID LETAK JAWATAN?



 By Admin

Kita memerlukan pemimpin yang baru, dinamik dan mempunyai wawasan yang tinggi.






BAKAL MENTERI BESAR SELANGOR...Azmin Ali

 


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Suhaimi Shafiei berkata Tan Sri Khalid Ibrahim sewajarnya meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurut Suhaimi, tidak dinafikan Khalid mempunyai asas kepimpinan yang baik namun beliau juga perlu mengambil kira pandangan daripada partinya sendiri yang tidak gembira jika beliau terus memegang jawatan tersebut.
“Pertukaran Menteri Besar Selangor perlu bagi terus mendapatkan sokongan rakyat pada pilihanraya akan datang.

DIDESAK LETAK JAWATAN...Khalid didesak letak jawatan MB Selngor

 
“Kita memerlukan pemimpin baru yang dinamik dan mempunyai wawasan yang tinggi,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.
Tambah Suhaimi yang juga merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), kurangnya sokongan daripada rakyat juga adalah sebagai isyarat untuk beliau menyerahkan jawatannya kepada pemimpin yang lebih berwibawa.
“Jika kita lihat, ramai anggota dalam parti kita (PKR) juga sudah tidak gembira.
“Kekalahan Khalid mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dilihat sebagai penanda aras untuk Khalid berundur,” jelasnya.
Khalid tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam sekali gus gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan semula parti itu Sabtu lalu.
Manickavasagam memperoleh majoriti sebanyak 186 undi selepas mendapat 701 undi berbanding Khalid yang memperoleh 515 undi.

No comments:

Post a Comment