Sunday, 8 June 2014

PENDUDUK RUMAH SETINGGAN BATU 1 GEMBIRA BILAMANA MP SANDAKAN DAN ROMBONGAN MELAWAT



Written by Admin
Sunday June 08. 2014


OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Penduduk rumah setinngan Batu 1 Jalan Utara (Belakang Sabah Hotel) marasa terharu dan gembira bilamana mereka telah dilawati oleh Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wing Tian Fatt dan rombongannya di kediaman mereka kelmarin.

Tujuan  rombongan pemimpin pembangkang membuat lawatan tersebut yang  melibatkan Pengerusi DAP Frankie Poon Jasman Jaafar Wakil PKR dan Pengerusi PAS Batu Sapi Haji Hamzah Hj Abdullah adalah untuk mengetahui lebih dekat lagi segala permasalahan yang dihadapi oleh penduduk berkenaan pemindahan penduduk ke Program Perumahan Rakyat (PPR) di Batu 12 Jalan Rancangan yang telah diuntukan itu.

BERJIWA RAKYAT....Pemimpin pembangkang berjiwa rakyat sentiasa prihatin masalah Rakyat

“Sebagai Ahli Parlimen Sandakan yang telah diberi mandate oleh semua lapisan rakyat saya tidak akan mengabaikan tanggungjawab yang dimanahkan walaupun kita dipihak pembangkang namum hasrat kita adalah untuk 
 membantu semua rakyat tidak kira mereka  siapa mereka kita kena bantu sedaya upaya yang termmampu” ujar .
Sementara beberapa orang penduduk berkenaan yang sempat ditemui mereka mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong dan Pengerusi PAS Batu Sapi Hj Hamzah Hj Abdullah kerana begitu  prihatin terhadap masalah rakyat  dan mereka tidak rasa jemu dan bosan untuk membantu rakyat yang telah ditimpa kesusahan.

MESRA RAKYAT......DAP semakin mendapat tempat di hati rakyat berbilang kaum

“Ciri-ciri kepimpinan sebegni memang diperlukan oleh rakyat bukan bila mahu pilihanraya saja baru  muncul dan baru  nampak batang hidung mereka contohnya segelintir wakil rakyat daripada pihak kerajaan” tambahnya.


No comments:

Post a Comment