Tuesday, 3 June 2014

DI SABAH ORANG CINA,KADAZAN-DUSUN, INDIA DAN BUMIPUTERA ISLAM TIADA MASALAH DARI SEGI PERGAULAN HIDUP....JEFFRY



Written by Admin
Tuesday June 03.2014


OLEH: FARIDAH  AHMAD


TAWAU:- Presiden Kelab Penyokong BN Kerajaan Sabah Datuk Mohd Jeffry Rosman  menyokong sebuah artikel yang ditulis oleh Pengarang Kanan Free Sandakan Today.com yang bertajuk” Rakyat Sabah Punya 32 Itnik Perbezaan Budaya dan Agama Masih Boleh Bersatu” pada 02 Jun 2014  di portal ini.


 BUKTI ORANG SABAH......Kelihatan Wartawan Kanan (Pengarang) Free Sandakan  Today.Com Saimon S Jumadi begitu mesra berbual duduk semeja  dengan rakan-rakan dari kaun Cina  memang unik di Sabah


“Apa yang terkandung dalam tulisan tersebut antara lain menyebut dari segi pergalauan gaya hidup orang Sabah dengan orang Semenanjung memang amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan cara kehidupan seharian orang Sabah sudah menjadi satu trend dan budaya suka bergaul dengan suku bangsa lain tanpa mengira idologi faham politik yang berbaza termasuk budaya dan anutan kepercayaan agama.” Kata Jeffry.



 GAMBAR HIASAN....Pesta Kaamatan  boleh menjalinkan hubungan mesra untuk 32 suku kaum di Sabah

Ini jelas tambahnya lagi orang Sabah tidak kira ia datangnya dari mana suku bangsa baik Cina, Kadazan-Dusun, India Bumiputera Islam dan bukan Islam masih bisa duduk bersama satu meja makan dan minum dia order makanan yang dia suka mereka tak kisah asalkan jangan hidangan yang dihidangkan  itu  sepiring yang sama.



 HADIR PESTA KAAMATAN.....Mejoriti Penduduk Ranau Suku Dusun 50 peratus mereka beragama Islam

Saya agak lama juga berada di Semenanjung khususnya di sekitar Kuala Lumpur” kata Jeffry tetapi saya tidak nampak masyarakat Cina, India dan  Melayu duduk makan minum bersama-sama begitu juga kita tidak nampak orang Melayu masuk kerestoran cina berbanding dengan penduduk di Sabah memang sudah senonim dan trend orang Sabah yang gemar masuk kekedai cina.




 AKUR.....Semua kaum di Sabah yang terdiri daripada bangsa dan agama masih kekal dalam keharmonian


Kita nampak saja kalau kemunculan orang Cina, India dan melayu bergaul semasa kempen pilihanraya  itupun masih berpuak-puak dan juga kalau musim-musim perayaan anjuran kerajaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya dan Hari Natal majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri.

 
Di Sabah mungkin ekoran ramai yang kahwin campur dan ramai juga suka sakat mereka dari suku kaum Murut, Dusun, Kadazan dan Cina telah memeluk Islam jadi dengan ini mereka telah memahami gaya hidup dan budaya masing-masing” ujar Jefrry dengan panjang lebar.

Orang Sabah sendiri mengakui kenapa sejak kebelakangan ini sering tercetusnya provokkasi antara satu sama lain seperti NGO PERKASA suka memainkan sentiment agama dan bangsa dan sering menimbulkan huru hara bercakap tidak pandang kiri dan kanan main lepas saja suka menyakiti hati kaum Cina, India tanpa memikirkan implikasinya dan risikonnya.

Di Sabah banyak juga NGO tetapi tidak racist jarang sekali  kita nampak NGO di Sabah terlibat mengadakan tunjuk perasaan atau demontrasi jalanan kalau adapun  mereka mengadakan reformasi di hadapan balai-balai polis untuk membuat laporan jika berlakunya sesuatu perkara yang bertentangan dasar undang-undang negara

Di Semenanjung kebanyakannya 90 peratus para belia yang membabitkan para pelajar telah terlibat  langsung dalam pelbagai rusuhan sehingga merosakan harta benda awam, memang di mana-mana saja tempat tidak dinafikan  ada saja berlakunya jenayah berat mahupun ringan perkara-perkara mungkar sebegini sukar dielakan sebab ini perbuatan individu sendiri.
  
Sejahat-jahatnya orang Sabah yang mempunyai 32 suku kaum mereka tidak pernah mahu membakar gereja apa lagi membakar bible tetapi di Semenanjung ahli-ahli NGO yang dipimpin oleh Ibrahim Ali walaupun mereka gagal membakar gereja tetapi pula berjaya membakar Patung Paderi dan bible.
  
Sebagai badan NGO yang konon mempertahankan kedaulatan orang Melayu tetapi aktiviti-aktivitinya condong kepada keganasan ini telah menjatuhkan imej bangsa Melayu sendiri seolah-olah bangsa Melayu telah dididik jadi ganas dan tiada perikamanusian.

Ekoran perbuatan PERKASA yang dibebaskan tanpa larangan daripada Polis termasuk pemimpin kierajaan UMNO/BN Ibrahim Ali sebagai racist ketara betul anti Cina, anti India dan anti agama Kristian.
  
“Saya sebagai anak watan Sabah anak jati Sabah mewakili semua kaum di negeri ini kita jangan terikut-ikut perangai buruk orang-orang Semenanjung yang suka buat kacau bilau tidak pandai menghormati bangsa-bangsa lain agama lain, kita bersyukur kita duduk dibumi Sabah di bawah bayu masih takut dengan undang-undang negara masih kental menghormati agama, bangsa dan budaya lain inilah kebagusan rakyat Sabah.

“Boleh kah orang Semenanjung ikut jejak langkah orang Sabah yang boleh duduk makan satu meja dengan bangsa-bangsa lain, agama lain budaya lain” tegasnya.








No comments:

Post a Comment